Assalamualaikum...
RABU lepas, beberapa orang rakan media Pak Inche datang ke JB kerana ada program. Lama tak jumpa, malamnya, mereka ajak Pak Inche join makan-makan di Senibong. Jadinya, Iman kata, jomlah bonda, babah tak ada, kita pergi dinner di The Morso.
Lokasinya yang hanya sepelaung dari rumah kami sebenarnya tapi yang sepelaung tu la, tak sempat-sempat nak menyinggahnya. Baru dibuka pada tahun ini, selalu full house, jadinya kami biar nanti-nanti dulu la kot 😆.
Pesanan diambil menggunakan tablet dan dihantar terus ke dapur. Setiap pesanan juga akan dimasukkan ke dalam sekeping kad. Pelanggan dikehendaki menyerahkan kad ini di kaunter ketika hendak membuat bayaran.
Mengambil dua lot kedai, satu lot khas untuk dine in, sangat luas dan selesa dengan
kemasan lantai corak dam dan dinding yang cuma diplaster dengan simen tanpa dicat.
kemasan lantai corak dam dan dinding yang cuma diplaster dengan simen tanpa dicat.
Tiada minuman yang istimewa, Iman memilih Milo Dinosour dan Barli Panas untuk Sk.
Semua hidangan sampai hampir serentak ke meja, cepat sungguh.
Kongsi, Mushroom Soup dan Garlic Bread
Lasagna untuk maknya
Lamb Chop untuk anaknya
Set Lamb Chop ada dua kepingan kambing, fries yang sedap, rangup di luar, gebu di dalam serta hirisan daun salad kubis. Juga ada spaghetti. Spaghetti tu sepatutnya aglio olio tapi kalau nak tukar sos lain pun boleh kira add-on. Iman pilih sos marinara.
Keratan rentas lasagna. Kenyang makan seketul cuma lasagnanya tu tak panas. Boleh rasa dagingnya tu sedang membeku masa makan.
😂
Bestnya dua beranak ni makan kat luar...ada gak ajak Dania pi dine in berdua...malas katanya...tunggu lepas SPM...lor..bulan dua sok la....lamanyaaaa....
ReplyDeleteNampak makanan auto lapar😂
ReplyDeleteamek order je dh canggih.. hihi
ReplyDeleteDua beradik ni memang sekepala yer kalau bab jj..hihihi
ReplyDeleteNampak lasagna tu dah mac red velvet..sebab masih beku yer.Kalau panas melwleh lagi layan kan..
awat nmpk sedap sgt tuu.. hope boleh cuba nnti
ReplyDeleteturunkan berat badan
resdung