Assalamualaikum...
SEJAK Astons dibuka di Paradigm Mall, JB, ia merupakan antara restoran makanan barat yang menjadi favourite keluarga Sk. Cuma tu la, kalau nak ke sini, kena la masuk dalam mall.
Berdua saja dengan Iman. Masa ni Pak Inche ada bola. Lepas ambil Iman balik kerja, cari tempat makan yang boleh dine in. Macam susah pulak nak fikir kedai makan di luar mall, jadi kita cari kedai makan dalam mall.
Iman kata, jomlah A&W tapi macam baru makan jer. Astons ni sebelah A&W dan dan boleh dine in. Jadi, kami ke Astons.
Sunyi sepi tak da orang, apo nak dikatooo.. jadi, kami sajalah berdua yang buat bising-bising 😆.
Sk pilih Seafood Aglio Olio Spaghetti dan Iman makan Chicken Chop dengan sos lemon.
Mushroom Soup dan Garlic Bread dengan setiap pesanan pasta.
Chicken Chop Iman. Side dish boleh pilih dua, Iman pilih Onion Rings dan Mac & Cheese.
Black Coffee untuk mak dan Caramel Macchiato untuk anak.
Lambat jugak makanan sampai walaupun tak ada orang sebab tukang masaknya seorang. Hanya empat staf sahaja yang Sk nampak bertugas. Tak tahulah kalau ada yang tak nampak 😂
Tapaukan Pak Inche, Chicken Chop dengan Sos Blackpepper. Side dish, Coleslow dan Mashed Potato. PI kan penggemar Kefci, memang dua tu la side dish kegemaran dia 😍
Syukur Alhamdulillah
❤️
bestnya mkn xde org.. tenang je..
ReplyDeleters mcm mkn kat umh.. haha..
Selamat menjamu selera
ReplyDeletealhamdulillah , lepas rindu nak dine in bersama rakan-rakan
ReplyDelete