KEPEDASAN DI MYEONGDONG TOPOKKI

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum...

LEPAS makan Spaghetti Bolognese di Senai, tetiba rasa macam nak pergi Paradigm Mall untuk mencari beberapa barang keperluan. Iman kata, jom la kita makan Topokki kat Myeongdong. Suka sangat la layan k-drama kan, terliur asyik tengok adegan makan toppoki. Walaupun pernah beberapa kali masak sendiri topokki, tapi teringin jugak nak makan bertenggek di bangku ala street food di Korea 😆


Konsepnya di sini adalah secara layan diri dengan membuat tempahan makanan di kaunter, buat bayaran dan makanan akan dihantar ke meja. Perlu juga sahkan status vaksinasi sebelum dibenarkan dine in.


Sebab tak lapar sangat, jadi kami fikir lebih baik kongsi jer makanan. Ambil topokki saiz besar, hotteok sebijik dan chicken wings sajo.


Memang patut pun berkongsi kerana portionnya besar. Suka tekstur kuih beras yang kenyal-kenyal ni. Sosnya pun sedap. Ada kepingan tauhu dan telur rebus sebelah. 


Hotteok yang panas dan Yangnyeom Wings & Drummets yang pedas namatey. Haishhh.. cili apo dorang letak ni? 

Heoni Laemon untuk Iman dan Milkeu Ti untuk Sk. Rasa macam nak lari cari air mineral. Kulum air batu laaa nak hilangkan pedas tapi bibir atas dah rasa besar macam AJ 😜


Suruh Iman eksyen makan topokki sambil bergaya sopan sikit
😂








Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. uBaru nak cakap dak omey tu bergaya ayu kali ni..Rupanya bonda yang suruh..hihihi

    ReplyDelete
  2. Eceyyy...Iman comel buat gaya gitu...makan pedas- pedas macam tu sure tebal bibir kan...SA kadang pun sama gak.x tau apa benda cili yang depa guna

    ReplyDelete
  3. Ewahhhh cik Iman gaya sopan...HAHHAAHA..
    Saya belum pernah makan topokki, even dekat the J pun ada...Nantilah try...hehee

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!