Assalamualaikum...
"Doakan mak sihat, mak positif,"
Ya, akhirnya sesuatu yang ditakuti terjadi jua bila ibu Sk disahkan positif C19 selepas menjalani ujian swab kali kedua. Atas nasihat pegawai perubatan, ibu dinasihatkan menjalani kuarantin di pusat kuarantin kerana faktor usianya yang berisiko. Ibu merupakan antara penerima vaksin fasa pertama bulan april. Dan ibu juga tidak bergejala selain batuk dua hari sebelum disahkan positif.
Itu sejarah yang tercatat pada akhir September lepas. Ibu disahkan bebas dari virus C19 dan memotong gelang yang ditakuti ramai pada 12 Oktober lepas. Hari ini, lepas habis kerja di pejabat, Sk ke Senai menziarah ibu. Syukurrr, ibu sihat walafiat. Dan ibu sihat dengan menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Tak sabar tunggu adik bongsu balik Sabtu ni....rindu kat Tiara dan Opick...malam tadi SA pun makan sambal sardin ngan telur dadar...
ReplyDeleteRindu keluarga. In sya Allah kami nak balik kampung juga ni dalam masa terdekat..
ReplyDeleteAlhamdulillah, syukur ibu SK sihat.
ReplyDeleteKak Amie belum jumpa Bonda sejak September 2019.
Alhamdulillah syukur ibu SK kembali sihat.
ReplyDeleteSy kalau dapat lauk gini, confirm makan bertambah-tambah ni. Apatah lagi airtangan ibu huhu...
Syukur ibu SK dah bebas daripada C19
ReplyDelete