MAKAN NASI LEMAK MANA LAGI

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum... 

LEPAS diberitahu Nasi Beriani habis, kami terus naik angin sehinggakan Sk yang penyabar ni pun, boleh terkeluar ayat.. lain kali tak payahlah tulis  'beriani' kat signboard (sambil jari tunjuk hala ke signboard kedai). Pak Inche pun marah jugak, tapi kami taklah memaki hamun atau melebih-lebih marah. Kami terus bangun menuju ke kereta. Buntu... nak makan di mana 😅

Pak Inche kata, pergi mana lagi.

Hah?! Pergi mana?

Pergi mana lagi.

Mana?

.

.

.

Nasi Lemak Mana Lagi 😜

(Okey.. ayat tu tipu jer.. saja bagi sedap cerita) Tapi, kami memang pergi Kedai Nasi Lemak Mana Lagi


Di sini, konsepnya secara layan diri. Terus pergi ke kaunter nasi lemak, mereka akan cedukkan nasi, letak timun dan telur rebus separuh serta sambal. Boleh minta sambal lebih jika suka pedas, tapi sambalnya tak pedas pun walaupun dah letak setimbun 😆


Lepas tu, boleh ke kaunter lauk. Lauk yang ada taklah banyak pilihan macam di Nasi Lemak Kayu Keramat. Cuma ada ayam goreng, daging (tak pasti masak apa), organ dalaman ayam digoreng dan sambal tumis sotong kembang. Beriya betul Pak Inche ambil lauk, semua lauk dia ambil. Lapar katanya sebab tengahari tak makan nasi.

Nasi Lemak Telur Separuh 3 pinggan
Peha Ayam Goreng 3 ketul
Sotong Kembang 3 keping
Daging Seketul
Teh O Panas 2 cawan
Limau Ais Segelas

Jumlah RM42.10

Syukur Alhamdulillah.. sedap sangat dan kenyang giler 😍 Lupa terus Beriani Rose 😜






Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nampak memang macam orang tengah lapar nak makan
    Bismillah

    ReplyDelete
  2. Tu dia punya sambal dlm pinggan PI...

    ReplyDelete
  3. Masuk sini tak pernah tak terliur...
    Uittt....sedang berjemur kat pantai ke tuuuu..ka sedang landing dalam bikik hotel🤭

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!