Assalamualaikum...
MAAFLAH.. asyik kisah makan di luar sajo. Panjang betul Pak Inche bagi cuti memasak kali ni walaupun tanpa dimohon. Sebaliknya, dia pulak yang dok kata, tak yah masak.. tak yah masak 😂. Manjang dapur tak berasap, rasanya kali terakhir memasak ialah Kari Udang dengan Kacang Buncis 😅
Kali ini, dak omey nak membawa acik-acik, onty uncle, kakak dan abang, menikmati keenakan udang galah di Gerai Udang Galah, Leban Condong, Rompin, Pahang. Kali terakhir ke sini, bulan Ogos tahun lepas semasa dalam perjalanan pulang bercuti di Kelantan. Tapi, trip kali ini, memang khas untuk makan udang galah jer acik.
Sebaik sahaja dapat tahu, dak omey dapat cuti sempena Maulidur Rasul, terus keluar mentol kat kepala Pak Inche ajak ke Rompin. Sebenarnya, sejak dah boleh rentas negeri, Rompin ni antara destinasi dalam wish list Pak Inche. Padahal, setiap kali ke sini, ada aje isunya. Jadi, kali ni, dia dah janji tak nak bangkitkan apa-apa isu 😂
Kali ini, kami memilih Gerai Udang Galah Mak Ngah. Biasanya, kalau ke sini, kami ikut kata hati. Masa datang ni, semua gerai dibuka tapi kaki ni terus melangkah ke gerai Mak Ngah. Mungkin sebab gerai yang sebelah kiri kanan tu penuh. Ada meja kosong untuk empat orang, kami terus duduk. Di sini, konsepnya boleh pilih makanan ala nasi campur macam kebanyakan restoran nasi campur di Malaya ni la. Istimewa di Leban Condong ni, tentunya lauk udang galahnya.Udang saiz L masak sambal macam dalam gambar dikira antara RM18 - RM20 seekor.
Sebagai peminat masak lemak cili padi, telan-telan ailio laSk menengok Udang Galah Masak Lomak ni haaaa. Tapi.. PI kurang minat masak lemak, dia suka masak cabaiiii. Harga sama macam masak sambal tu jugak, RM18 - RM20 seekor.
Boleh juga pesan udang galah yang dimasak baharu. Boleh pilih gred yang kita nak dan jenis masakannya. Sebagai memenuhi citarasa tukang bayar, kami pakat-pakat setuju udang galah dimasak sambal. Sambal udang galah di sini, memang lain dari yang lain rasanya. Sk pernah beberapa kali masak sendiri pun tak menjadi.
Selain tu, terdapat juga pilihan masakan udang galah saiz S yang telah dibahagikan dalam mangkuk. Pak Inche kata, kalau nak udang galah masak lomak, ambillah semangkuk. Cepat-cepatlah Sk ambil sebab tinggal dua mangkuk aje. Yang ni udangnya mungkin saiz S kot, tak pasti cucu udang, anak udang atau udang diet 😜. Walaupun kecik tapi berisi. Juga dimasak dengan dua menu iaitu masak sambal dan lemak cili api. Lupa nak kira berapa ekor ada dalam mangkuk tu.
Gambar dari ig stories Iman, hehehe.
Syukur, puas hati dapat makan masakan kegemaran masing-masing. Masak lemak tu tak pedas langsung tapi tidak mengecewakan.
Taip entri ni, terasa macam nak pergi lagi pulak, hahahahaha. Jommmm Pak Inche.. dia tu pantang dipelawa, laju jer.. cuti akan datang ni, kena balik ke utara pulak, jadi.. udang galah Leban Condong, ko tunggu yaaaa!!
😜
Sedapnyer menggalah udang
ReplyDeleteUish....nampak seronok tul.dak omey tu dapat udang galah besar lengan baby tu...saya belum pernah makan udang galah besar macam tu.Yang masak sambal tu saya pun terliur walau bukan peminat udang😅
ReplyDeleteTak jadilah nak makan-makan udang galah di Hatyai.
ReplyDeleteTengok saiz dan harga baiklah cari di tempat kita sendiri.
Fuhh. puas hati macam ni.
ReplyDeletebestnya udang galah.. teringt dulu ms mula2 keje kena kursus kat johor..
ReplyDeletesinggah mkn udang galah.. sekor pon dh berbaloi rsnya nk mkn.. haha
Sedapnyaaaaaa! Terliur la memalam nihhh
ReplyDeleteSedap sehingga menjilat jari. Abam kie cuma mampu makan udang kecil2 je.
ReplyDeleteKalau di Jakarta susah mencari udang yang murah. Semua mahal. Nak udang atau lobster murah, yang besar2 macam tu, harus pergi ke daerah pesisir macam Sibolga atau Jogjakarta.
ReplyDeleteSayapun kalau sedang di Malaysia, selalunya cari kedai makan Melayu atau mamak yang menjual udang :D. Puas pesaan, mahal sikit tak apalah, tapi dagingnya yang besar puas digigit :D
Entry ni buat SA terliur...dah la fav SA tu...sabar jer la...bestnya dapat sedut kepala
ReplyDelete