SELAMAT HARI JADI, ABAH - Alam Sari Di Tanah Jauhar

SELAMAT HARI JADI, ABAH

 Assalamualaikum...


KALAU abah masih ada, hari semalam merupakan hari lahir abah yang ke 90. Tak dan nak buat entri hari lahir untuk abah semalam. Tapi, setiap hari takkan pernah lupa hadiahkan Al-Fatihah untuk abah.


Surat beranak abah yang original, masih ada dalam simpanan Sk. Tak banyak barang peribadi abah yang Sk simpan, cuma ini, sehelai kemeja dan satu tag (tak pasti apa nama dia) bukti permit teksi.


Nama dalam surat beranak Ahmad @ Ibrahim. Nama dalam kad pengenalan, Ibrahim. Nama manja Awang 😆. Anak-anak saudara panggil, Pak Ngah.. sama ada di sebelah abah atau ibu, pun panggil Pak Ngah. Seingat Sk, abah rapat dengan semua anak saudara di mana-mana belah pihak pun.


Selamat hari lahir, abah
Semoga kita bertemu di sana nanti
Rindu abah selamanya
❤️




5 comments:

  1. Al-Fatihah.
    Kenangan bersama abah sudah tentu tak akan dilupakan hingga akhir hayat.
    Moga rohnya tenang di sana,in syaa Allah dapat berkumpul di syurga-NYa. Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Apa sahaja untuk insan yang kita sayangi, tentu ada nilai dan makna yang tersendiri. Al fatihah.

    ReplyDelete
  3. al-fatihah untuk arwah abah awak , semoga tenang di sana

    ReplyDelete
  4. Al fatihah untuk Pak Ngah,,,
    YAng mana satu SK,,?hihi

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah...cantik tulisan tangan kat surat beranak tu SK...

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih