NASI LEMAK MANA LAGI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...

SEJAK Pasar malam mula dibuka di daerah kediaman Sk ni, Sk dapat pelepasan memasak dari Pak Inche. Dah lama tak membeli-belah di pasar malam, katanya. Rindu makanan di pasar malam. Biasanya, Sk akan serahkan saja pada Pak Inche untuk membeli. Cakap jer macam tu, tapi nanti mesti mesej semula, kalau nampak orang jual Laksa Johor, beli eh, hehehe.


Jadinya, Selasa lepas, PI nak pergi ke pasar malam Tampoi Utama, haisshhh, belum buka lagi laaa. Orang kat rumah dah dipesan tak payah masak, kan. Kalau nak masak pun dah tentu malas tak sempat. Jadinya, PI ajak Iman cari Restoran Mana Lagi yang terkenal dengan nasi lemaknya yang mantul!


Setiap bungkusan nasi lemak datang bersama telur rebus sebelah dan beberapa hirisan timun. Iman telefon, babah pesan rebus telur tiga biji. Telurnya pulak tak longkah, kulit melekat dengan isi. 


Mintak sambal lebih, banyak betul diberi sambalnya. Dalam sambal ada ikan bilis goreng. Iman cedok jugak Sambal Sotong Kembang tiga keping. PI bungkus ayam goreng tiga ketul, leher ayam goreng tiga ketul. Memang sedap nasi lemak mana lagi ni. Duluuuuu.. memang selalu la kami tapau sampailah ada terdengar cerita kurang enak tentang restoran ni. Biasalah, kalau kedai makan ramai orang, dituduh macam-macam. PI la tu percaya, terus tak nak pergi lagi. Tiberrrr... rujuk pulak.. kahhhh. Sk dah cakap, itu semua propaganda perniagaan. Penyakit dengki tu memang wujud, kannnnn.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. tetiba lapar bila tengok nasi lemak niiii

    ReplyDelete
  2. memang mantul nasi lemak tuuh makk.. 😅

    ReplyDelete
  3. Memang nantul...mantap..dgn sambalnya,ayam grgnya..huhu padu

    ReplyDelete
  4. Sedapnya nasi lemak....aduhai...cane ni SA tengah nak jaga badan ni...terliur dah..SK la ni tayangggg

    ReplyDelete
  5. Nama Mana Lagi tu macam nama epal di Malang, Indonesia... epal Mana Lagi, rasanya manis!
    Leher ayam tu kita suka!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!