MAKAN DI THE GRAND by ADAM'S KITCHEN

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...

MALAM tadi, Sk tak memasak. Pak Inche ajak makan di luar dan Iman pulak menyokong. Malas nak kemas dan cuci pingganlah tu. Sk berangan nak masak Kari Kambing, kambingnya dah lama tersadai dalam peti sejuk beku sejak dua tiga bulan lepas. Nasib baiklah dah dipotong-potong kalau tidak, tentu mengembik-ngembik mintak digulaikan 😅

Kalau selalu, kami ke Adam's Kitchen di Taman Daya, kali ni dah boleh pergi yang dekat dengan rumah. Adam's Kitchen telah membuka cawangan baharu di Kulai yang mana cuma mengambil masa 15 minit dari rumah kami. Restoran di Kulai ni lebih besar dan luas dengan kapasiti yang lebih ramai. Namanya pun lain sikit, THE GRAND by ADAM'S KITCHEN. Masa kami sampai, pelanggan memenuhi setiap meja padahal jam baru pukul 8.15. 

Seorang staf datang kepada kami dan meminta maaf kerana tiada meja kosong dan mungkin akan mengambil masa yang lama untuk menunggu. Kami diberi pilihan untuk tunggu atau tidak dan berkali-kali beliau meminta maaf. Di saat kami hampir hendak meninggalkan restoran, seorang staf membuka ruangan di sebelah luar. TGBAK ni dibuka di lot tepi dan ada ruang makan terbuka cuma belum dibuka kepada pelanggan. Jadinya, mereka buka ruangan tu dan dapatlah kami duduk.


Sk menjangkakan kami akan menunggu lama makanan dihidangkan tapi tidak pulak. Servisnya pantas sebagaimana tempat yang biasa kami pergi di Taman Daya. Mulanya ingatkan Pak Inche nak makan hidangan individu, jadi Sk akan pesan nasi goreng, tapi, bila dia pesan hidangan berlauk, kenalah kami join makan nasi jugak. Kalau tak, siapa nak tolong makan. Di sini, saiz kecil pun dah boleh makan empat orang tau. Dalam gambar ni, Baby Kailan Oyster, RM13. Sayur wajib kegemaran Pak Inche.


Ginger Beef, RM22. 
Dagingnya cukup lembut dan empuk, dimasak bersama hirisan halia yang banyak dan sos tiram. Sk suka makan daun-daun yang banyak dalam masakan ni. Paling penting, sosnya tak masin.


Sambal Sotong, RM26. 
Isi sotong besar dan tebal, sedikit liat sebenarnya tapi masih mampu dikunyah remaja purba ni. Ada potongan tomato dalam sambal. Sambalnya sedap dan cukup menyalut keseluruhan sotong.


Pertama kali rasanya kami pesan Hot Plate Tofu di AK. Masa diletak ke meja, Sk yang duduk membelakang, agak terkejut juga, mana tafunya? Cuma ada telur jer dalam pinggan panas tu. Rupa-rupanya, tofunya diasingkan dalam mangkuk lain dan dituang ke atas telur dalam pinggan panas tu, di hadapan pelanggan, tak sempat ambil video masa dituang tu.. gelegak-gelegak kesan curahan kuah ke atas pinggan panas tu. Hot Plate Tofu ni, RM18. Sedap jugak rasanya.


Iman dah lama merancang nak makan Durian Tempura ni, babahnya yang lalai, hahaha. Buat-buat terkejut bila Durian Goreng sampai, haha. Lama tunggu ni, dah habis makan pun tak sampai-sampai, mujurlah dah kenyang makan nasi. Agaknya diorang nak bagi peluang nasi turun dulu, haha. Kami memang peminat durian goreng, tak kisahlah cara masakan bagaimanapun. Cuma duriannya tak meleleh macam Durian Roll di Restoran Budak Siew Mai. Harga untuk satu set, tiga ketul ni, RM6.90.


Yang terakhir, Chicken Blackpepper Roll, RM4.80. 
Saja-saja nak rasa dimsum di Adam's Kitchen ni. Chicken Blackpepper Roll ni, rupanya sedih sikit, tapi rasanya masih sedap dan tidak mengecewakan. Sepanjang Sk duduk makan tu, kan.. Sk perhati aje, pelanggan berpusu-pusu datang ke AK ni, macam masa Ikea baru buka kat JB dulu. Ialah, Adam's Kitchen ni kan memang dah femes, jadi, bila dibuka cawangan baru yang 'grand', orang ramai tentu nak rasa keistimewaan masakan di sini, kan. Kami pun, dekat sikitlah dah nak datang selalu.

THE GRAND by ADAM'S KITCHEN

No 176, Pusat Komersial Indah,
Jalan Kiambang 13, Bandar Indahpura,
81000 Kulai, Johor.

Tel +60 10-880 0156

Buka setiap hari kecuali Selasa
10.00 pagi hingga 10.00 malam


Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tq tq SK. Dah dapat idea buat durian goreng tempura. Tak sabar nak cari durian ni ...sedapnya!

    ReplyDelete
  2. Menarik semuanya yang di order tu SK...

    ReplyDelete
  3. Untung datang makan bila service pantas. Sedap daging dihiris nipis macam tu. Durian goreng tempura, first time tengok pun. Wajib cuba ni kalau peminat durian.

    ReplyDelete
  4. semua makanan yg dihidangkan begitu mengujakan. Yummy!

    ReplyDelete
  5. Uiiii....durian tempura......terlioa

    ReplyDelete
  6. Menarik ni. Antara faktor utama menarik perhatian saya sbg pelqnggan, makanan sampai cepat. Tak larat nak layan ragam anak anak kat kedai makan kalau makanan sampai lambat.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!