BUTTERMILK PANCAKES

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

Assalamualaikum...


APA sahaja yang viral di Tik Tok tu, semua nak dicubanya. Kali ini, Iman mengajak babahnya ke Jaya Grocer, lama tak jalan ke sana, alasan. Padahal dia nak cari 'Buttermilk Pancakes' yang tersedia jual dalam botol. Benda dah lama ada, baru sekarang tahu 😜


Baca arahan di label, cuma tambah air sehingga paras yang ditunjukkan atau sebanyak 375 ml. Kalau suka, boleh ganti air dengan susu.  Lepas masukkan air, goncang sehingga sebati dan bolehlah dimasak adunan pancake di atas kuali non-stick.


Tak semudah itu. Puaslah menggoncang, adunan berketul dan tidak sebati. Sudahnya tuang dalam mangkuk dan tambah lagi air dekat setengah cawan, baru batter cantik tak berketul 😆 pentipu sangat laaa. (Abaikan ya kalau dengar suara tak diingini dalam video, ada yang lupa nak buang 🤭)


Antara watak penting dalam video. Buah tu beli di Pasaraya Lotus jer. Murah giler strawberry RM6.90 sekotak. Tapi mashammmmm betul.


Iman kata, penat betul masak pancakes. Hah.. baru tau penatnya memasak ni. Tu baru masak pancakes guna tepung segera. Belum lagi nak kena timbang-timbang macam cara konvensional. Mana nak basuh bekas-bekas lagi, kan.. tak larat dahhhh.. malas nak lama-lama di dapur sekarang.
Mujur sekarang semua ada siap kat kedai.

😜😜😜







Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Si Kakak ada gak tunjuk botol ni, tapi tu laa, dak uma ni tak suka sangat pancake, kecuali kakaknya tu je..nanti boleh gak beli simpan stok.. nampak mudah tapi tak semudah tu ek Kak hehehe

    ReplyDelete
  2. Syu suka pancake yang gebu gebas tu. Bila ditampar dengan sudu, dia tergedik2😁💕.

    ReplyDelete
  3. Teringat iklan Tepung Kek Segera Pronto Bakerite dulu-dulu..Semua bahan masuk dalam kotak tepung kek tu ...tiba2 keluar kek siap bericing...🤣🥰

    ReplyDelete
  4. memang penat kerja memasak ni.
    sesah2 tapau aje

    ReplyDelete
  5. Wah! Cantiknya buttermilk pancakes.Siap ada aksesori strawberry & blueberry!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!