KARI SOTONG, UDANG GORENG KUNYIT DAN ...

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

Assalamualaikum...


LAMA tak masak Kari Sotong. Biasanya suka padankan kari sotong macam ni dengan ayam goreng. Dia punya pergi, macam makan nasi daun pisang di Ashoka Curry House. Tapi, sebab semalam Pak Inche cuma pesan, suruh gorengkan ikan kering sahaja, jadi, tiadalah ayam goreng. Fikir-fikir, baguslah PI ni dah insof, nak makan ikan kering jer.



Tup tup, masuk jer pintu, di tangannya terjinjit dua beg plastik, satu beg mengandungi sup mamak. Satu sup campur dan satu lagi sup kambing.. kalau rasa nak beli sup tu, kan lagi bagus kalau cakap dengan Sk, tak payah masak, hurmmm.


Satu plastik lagi, ada udang. Nanti goreng udang ni. Menyirap la Sk. Ingat kita ni duduk rumah goyang kaki ke? Sk memang tak boleh ya, orang dah siap masak, lepas tu suruh masak lagi lauk lain. Yang peliknya PI ni tak serik pun bini marah.. sabar ajelah Sk ni, bukan tak bersyukur ya, tapi kalau ada lauk lain tentu-tentulah nanti lauk yang kita masak tak habis dimakan.

Iman bila tengok mak dia punya muka, terus tawarkan diri untuk tolong bersihkan dan masak udang tu. Tak jadi la nak marah, terus Sk cakap dengan Iman, udang tu gaul garam kunyit jer, goreng. Tak yah tumis-tumis bawang atau letak cili. Sejuk sikit la hati. Jadinya, memang pun tak habislah kari sotong tu. Sup pun tak habis, semua sumbat dalam peti sejuk. Udang goreng jer yang habis. Jadinya, hari ni memang Sk tak masak la jawabnya. Sila habiskan lauk-lauk yang ada ya 😆😆😆


Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedap tu kari sotong..biasa masak sambal sotong or sotong goreng kunyit

    ReplyDelete
  2. Mesti tambah sakitati kalau orang tak faham kita marah kat dia hihihiii.
    Terhibur baca kisah 3 beranak ni!

    ReplyDelete
  3. masuk blog ni sentiasa terjamu mata dengan makanan sedap2 :)

    ReplyDelete
  4. Sedapnya kari sotong..lama dah x makan kari sotong..kena cari la ni kan..kalau dapat sotong besar2 macam hari tu best ni..apesal la x teringat masak kari je...

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap je.. Jarang makan kari sotong..

    ReplyDelete
  6. Besaunya sutun..
    Kami selalu makan saiz cincin ja....Ini dah saiz bangel ni..puas makan ni

    ReplyDelete
  7. Ada sotong, ada udang, ada kambing
    bestlah

    ReplyDelete
  8. hshahahaa boleh pahamm perasaan menyirap tuhh macam mana 🤣🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  9. Salam semua saya syor kan kalau kena kencing manis yg tinggi atau kaki luka berair nak kena potong akibat kencing manis cuba wasap atau call saya En Mohd Zuhairi bin Noordin 0174687570 Insya Allah harga mampu milik kita bagi gula turun dan luka tu akan cepat kering balik dan baik dalam tempoh kurang pada seminggu saja..Insya Allah berkesan dan jika ada pesakit yang kencing manis tinggi yang tidak ada luka pun kita akan turun kan gula bagi terkawal sama

    jom kita rawat kan dengan minuman herba ladang dan herba hutan (JAMINAN RASA TIDAK PAHIT)

    jom kita sebarkan bantu pesakit kencing manis kronik

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!