PV DAH CECAH 20 JUTA

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

Assalamualaikum...

PAGI ini berlangsung secara maya, Majlis Perpisahan Pengurus Kolej. Hari ini juga sepatutnya giliran Sk masuk ke pejabat tapi disebabkan hari ini adik Sk, Cik Ani akan mengambil suntikan vaksin dos kedua, Sk mohon untuk BDR untuk tolong jagakan Zulaikha sementara emaknya ke PPV. Iman ada topik baru hari ni, jadi dia minta Sk tengokkan Zulaikha. Kalau masa suntikan pertama dulu, memang Iman yang tolong jaga sepenuhnya.

Pagi ini juga lebih kurang antara jam 8.40-8.41, Alam Sari Tanah Jauhar telah mencecah PV ke 20 Juta sejak ia diterbitkan dalam tahun 2009. Diam tak diam, 12 tahun sudah merepek meraban di blog ini 😅. Ramai blogger seangkatan Sk yang telah pencen. Sk??? Tak tahulah berapa lama lagi mampu bertahan. Cuma sejak dua tiga tahun ni nampak macam makin seronok berblog. Boleh cerita panjang-panjang dan boleh jana pendapatan. Walaupun bukan setiap bulan dapat gaji dari blog, tapi bila cash out tu, masa tu la kena servis kereta atau perbaharui insurans dan cukai jalan 🤣

Setakat pagi tadi, Sk telah menerima tiga bukti tangkap layar dari dua blogger dan seorang silent reader yang berjaya memenuhi syarat pencarian 20,000,000 PV. Sk mencari empat pemenang yang berjaya mendapat angka antara 20,000,000 hingga 20,000,100 dan sekiranya sehingga jam 5 petang nanti, tiada lagi yang menghantar bukti tangkap layar angka di atas, Sk akan umumkan keputusannya. 

Tungguuuuuu... 😍😍😍😍


Miligue kereta pun dah 111111.. hurmmm... Berlapukkkknya dashboard keretaaaa 🤭


Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alhamdulillah, ramai pengunjung, lebih semangat berblog..

    ReplyDelete
  2. Alaaaaa terlepas sudah!!! Tahniah kak.. Lps ni bertambah lagi la entry2 nya ye hehe

    ReplyDelete
  3. Tahniah SK. Jangan zikir dulu untuk berhenti.
    Kita berblogging untuk suka-suka, release tension orang kata hihihiii.

    ReplyDelete
  4. wow! best nya...saya nk cecah 1 juta pon belum..hahah
    tahniahhh

    ReplyDelete
  5. tahniah ya..

    ala dah terlepas capture 20k pv.

    ReplyDelete
  6. yeay!! tahniah kak seri..kita lambettt lagi..hahaha

    ReplyDelete
  7. wahhh lamanya.. sy start tahun 2010.. lepas tu stop kejap..
    tahun 2017 baru start balik.. haha..

    tahniah SK! dh 20juta

    ReplyDelete
  8. Eh lagi seorang pemenang dicari. Hehe.

    ReplyDelete
  9. Tahniah SK...semuga terus berkarya dan berjaya. kak rose punya macam hidup segan mati tak mahu jer!!!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!