SITI SARAH DALAM KENANGAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

Assalamualaikum...


SK antara yang terkesan dengan berita pemergian Siti Sarah Raissudin, sebelum subuh semalam. Sk bukan peminat Sarah, tidak juga follower, tapi, Sk mula mengenali Allayarhamah sejak beliau mula menceburi dunia seni. Bapanya juga Sk kenali sejak kecil dan sering menonton drama lakonan beliau jadi bila anaknya muncul dalam arena seni, tentunya menarik perhatian.

Bila terbaca Sarah dibawa ke hospital kerana mengalami masalah pernafasan, baru Sk tahu bahawa Sarah sekeluarga dijangkiti Covid 19. Sk juga tahu Sarah mengandung selepas terserempak dengan Sarah dan Shuib sekeluarga ketika membeli-belah di Komtar, JBCC beberapa bulan lepas. Haaa.. masa tu, baru la Sk buka ig Sarah. Sk memang agak kurang ikut perkembangan artis sekarang, tak macam dulu-dulu, semua majalah pasal artis nak kumpul kecuali majalah mangga.

Oh, ya.. yang masa terserempak kat Komtar JBCC tu, Sarah dan Shuib datang ke Johor untuk mempromosikan cawangan Bubblebee yang baru dibuka di Medini. Baru Sk tahu juga yang Sarah belum war-warkan lagi yang dia mengandung dalam mana-mana medsos. Jadi, masa tu la baru peminat tahu, Sarah mengandung. Sk sendiri tidaklah pulak nak ajak bergambar ke apa.. lagipun rasa macam mengganggu privacy mereka pulak. Kami sama-sama naik eskelator. Sarah dan Shuib memang tak lepas tangan berdua macam budak-budak tengah bercinta tu. Anak-anak pulak ada bodyguard masing-masing. Haaa.. itulah kenangan Sk sekeluarga dengan Sarah dan Shuib. Tak sangka jugak boleh tengok dorang depan mata.

Jadi, bila tahu Sarah masuk hospital tambahan sedang mengandung, Sk memang ikut perkembangan juga. Kadang-kadang kalau sibuk, Sk akan tanya pada Iman, dialah sumber berita Sk. Begitu juga berita pemergian Sarah, Iman yang beritahu sebab Sk memang jarang buka telefon pagi-pagi. Walaupun sudah terasa harapan untuk Sarah agak samar-samar dengan tahap turun naik oksigen dan keadaan jantung serta paru-paru yang lemah, namun berita pemergian Sarah, membuat hati sedikit remuk dan terkesan sehingga hari ini. Celik biji mata dah teringat Sarah, apalagilah suami dan anak-anak.. Allahu 😓


Terasa semakin dekatnya kematian dengan kita. Tua dan sakit, bukan syarat mati, mati itu pasti, hidup.. InsyaAllah. Terasa bersyukur kerana masih ada ibu di usia 46 tahun. Sedih melihat berita anak-anak yang kehilangan ibu ketika usia masih kecil malah ada yang tak sempat melihat wajah ibu. Hanya potret menjadi tatapan. Semoga anak-anak yang ditinggalkan terbela nasibnya.. Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.


Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Semoga rohnya ditempatlan dalam kalangan oreng beriman & anak2 serta keluarganya dimudahkan urusan

    ReplyDelete
  2. Sampai hari ni SA masih terkesan...bangun subuh pagi tadi masih mengalir airmata ni...x tau la kenapa terkesan macam ni...rasa seperti kehilangan sangat2

    ReplyDelete
  3. Hari ini pun... entah berapa kali sapu air mata apabila terbaca kisahnya di FB.

    ReplyDelete
  4. Wkmsalam
    Semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  5. Al Fatihah (dibaca) buatnya. Sedihhhhh bila terfikir pasal nasib anak anak... Dahlah busy kan ayahnya nanti... ya Allah, moga kuat seisi keluarga...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!