DINE IN @ IKEA TEBRAU

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

Assalamualaikum... 

RUPANYA semasa praktikal ni, Iman ada jadual cuti bergilir la. Ingatkan cuti hari Jumaat rupanya bergilir dengan Ahad. Jadi, minggu pertama ini, cutinya Jumaat. Jom la kita ke Ikea.


Sebelum ke Ikea, pergi Kedai Runcit Haji ASK beli barangan masak untuk rumah Angah. Angah pesan belikan ikan siakap, kembung dan cencaru. Fuhhhh.. nasiblah semua ikan-ikan yang Sk kenal.. kahhh. Lepas hantar ke Senai, kami dua beranak terus menuju ke Ikea dan brunch dahulu di kafe Ikea sebelum jalan-jalan dalam Ikea.


Dari appetizer sehinggalah dessert, semua nak dicapai. Iman dan lasagna memang sukar dipisahkan. Tapi kami kongsi makan la biar semua dapat merasa. 


Tuan Tanah Kedaung ni la yang paling beriya nak makan kat Ikea 🤭 


Mujurlah voucher ikea RM30 masih boleh pakai. Jadi, semua ni cuma kena bayar RM27+ 😅


Cheese cake yang sangat sedap dari crust hinggalah topping.


Creme Brulee dia pun sedap gila. Siap ada label suruh bawa balik gelas creme brulee tu tau.


Lepas makan barulah shopping. Jangan pelik la setiap kali bergambar baju dan tudung sama jer 😆😆😆 macam tak ada baju tudung lain 🤭


Beli sarung kusyen baru. Hari tu dah masuk dalam shopping cart ikea online tapi tak bayo2 😅. Ni dah sampai ikea kita beli terus laaa.


Span basuh pinggan dan berus. Span yang Sk pegang tu bagus tau, rasa bersih jer pinggan portmeirion bila gosok guna span tu 😆


Bagi yang tertanya-tanya, budak-budak boleh masuk ikea ke tak? Bolehhhhh.. baby pun boleh asalkan penjaga yang membawa anak-anak ni telah menerima dua dos vaksin atau fully vaccinated. Tak ada halangan dah.. tadi pun macam ramai giler dah orang dengan anak-anaknya, dah tak macam sebelum ni, sunyi sepi.

Semoga ekonomi negara kita akan segera pulih, insyaAllah 😍











Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Dah berjaman tak pergi Ikea haha...
    Tapi bestlah, boleh bawak balik gelas tu :)

    ReplyDelete
  2. Wah...tuan tanah kedaung dengan anak kerengga macam adik dengan kakak la...(belanja la meatball ..dah puji ni)🤣

    ReplyDelete
  3. Kalau saya pakai baju dan tudung sama pada banyak waktu maksudnya selesa sangat pakau yang itu hihihiiii.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!