SELAMAT PENGANTIN BARU, REMY DAN EZZA

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

Assalamualaikum...


MASIH belum terlambat rasanya untuk Sk mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat pelakon pujaan hati Mak Cella, Remy Ishak. Dengarnya bukan saja ramai anak daro yang patah hati, mak-mak pun ramai yang patah hati sebab tak dapat bermenantukan Remy. Sk pun sedikit kecewa sebab tak dapat beradik ipar dengan Remy 🤣


Kenangan bersama Remy, masih Sk terasa. Bukan sekadar bergambar tapi Remy siap semburkan minyak wangi. Bila dapat tahu, mertua Sk merupakan orang Kedah, Remy beritahu beliau dulu bersekolah asrama di Sungai Petani, Kedah. Macam-macam soalan pulak dia tanya, seronok berbual dengan Remy walaupun hanya sekejap tapi ianya meninggalkan kesan yang mendalam 😜. Sk pulak memang follow Remy dari mula beliau berlakon, jadi bila Sk cerita apa yang Sk tahu tentang dia, drama dan filem terkini, memang teruja la kan.


Tengok gambar ni, macam perangai Pak Inche sungguh ni tau. Sememangnya mereka pasangan yang cukup serasi. Tidak perlu berpura-pura menunjukkan kemesraan. Semoga rumahtangga yang dibina, berbahagia dan sejahtera selalu. Sedangkan lidah lagi tergeget, kan. Apa yang penting.. sabarrrrr.. sabarrrrr... sabarrrrrrrr.

Selamat Pengantin Baru, Remy dan Ezza
❤️❤️❤️






Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Auuuu . saya tak patah hati la... sebab bukan minat sangat la ngan dia... Hohoooo

    ReplyDelete
  2. Kakkk... Kakkk seru nama Suami Saya tuu... hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Suka tengok Remy Ishak berlakon. Ramai yang patah hati bila Remy kahwin. Jodoh Allah dah tentukan. Selamat pengantin baru Remy Ishak dan Ezza Yusof. Semoga berbahagia sampai syurga. Aaaminn...

    ReplyDelete
  4. Alaaaaaaa.....
    SK dok sebelah Remy Ishak...😍😍😍
    Saya jarang tengok drama TV .Tapi bukan tak tengok langsung.Kalau ada Remy Ishak & Syahnaz Ahmad saya jeling jugak tau..!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!