SIAKAP STIM HONG KONG, SOTONG TELUR MASIN DAN BABY KAILAN OYSTER

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

Assalamualaikum...

SEMASA masuk ke pejabat semalam, banyak dokumen yang dapat Sk siapkan dan telah diserahkan kepada bos. Namun begitu, masih ada kerja yang tergendala seperti laporan mingguan yang dihantar pengajar untuk difailkan. Ini kerana semua mesin pencetak meragam. Tinggal sebiji sahaja yang masih elok perangainya. Sakit pulak hati ini dibuatnya.

Jadi, Work From Home hari ni, macam tak ada apa nak dibuat sangat, sebab semua kerja dah siap. Kita tunggu sajalah arahan dari semasa ke semasa dari bos sambil Work For Home 😅. Tambahan pulak, keputusan untuk memanggil pelajar pulang ke kolej pada pertengahan September ini ditunda ke tarikh lain walaupun sudah mendapat kebenaran menjalankan latihan secara Camp Based Training dari Jabatan Pembangunan Kemahiran. Kes di Johor agak tinggi, agak berisiko untuk memanggil pelajar pulang ketika ini.


Hari tu, kan Pak Inche ke Pendas cari ketam, selain tu, dibelinya sotong dan siakap dua ekor. PI kata, seekor tu buat Stim Hong Kong Stail, lagi seekor tu, suka hati la nak masak apo. Janji yang satu tu nak masak HK jugak 😆

Maka malam tadi, terjadilah Siakap Stim Hong Kong. Semua bahan-bahan, Pak Inche yang sediakan dan masak sosnya. Dia kata, tengok resepi sana sikit, sini sikit. Sosnya dimasak berasingan, ikan dikukus bersama hirisan halia dan bahagian pangkal pokok bawang yang dihiris nipis. Ikan yang siap dikukus, perlu dibuang dulu airnya, barulah dicurahkan dengan sos tadi. Sk diberitahu, bahan utamanya kicap soya cair dan sos ikan serta gula sahaja yang dimasukkan ke dalam periuk bersama bawang putih cincang yang  telah ditumis bersama sedikit minyak masak. Sk makan sambil puji melambung-lambung dengan harapan, hari ini tak payah masak 😜. Eh, tapi memang sedap laaa sos ikan PI tu semalam 😍


Iman cakap, boleh tak, bonda masakkan lauk lain untuk dia. Iman kan jenis yang tak makan lauk kicap kecuali telur dengan kicap. Jadi, Sk masakkan Iman, Sotong Telur Masin. Iman suka kuah banyak, jadi, Sk gunakan satu tin susu cair supaya boleh buat gulai 😆 

Sotong digoreng tepung dahulu. Sk guna tepung bestari. Bagi mengelakkan sotong lembik, ia hendaklah ditoskan dalam tapis sahaja. Untuk sos, tumis bawang putih dan cili padi, daun kari, bersama mentega. Tuang susu cair, kacau sebati, masukkan serbuk telur masin bestari, kacau hingga pekat, kemudian tuang dalam sotong goreng tepung. 


Baby kailan goreng sos tiram. Memang tak akan dimasak cara lain la, selain oyster. Sk guna sos tiram khas untuk sayuran. Cuma cincang bawang putih dan digoreng garing, angkat dan ketepikan. Dalam minyak yang sama, terus masukkan baby kailan yang telah dibersihkan. Gaul rata, tuangkan sos tiram, kacau lagi, kemudian percikkan sedikit minyak bijan. Gaul seketika, tutup api. Taburkan bawang putih yang digoreng tadi.


Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedap2 semuanya, lama jugak tak makan siakap ni

    ReplyDelete
  2. wow pak inche yg masak eh...
    mesti makan bertambah tu kan ;p
    siakap stim ni mmg mengeliurkan laaa

    ReplyDelete
  3. mmg 'kefaveretan' sangat kalau makan ikan stim ni..

    ReplyDelete
  4. Siakap kukus tu Kak Amie boleh habiskan separuh kihkihkihhhhh!

    ReplyDelete
  5. Siakap kukus tu rasanya tak jadi lauk kalau depan PC..mahu makan macam tu je sampai licin.

    ReplyDelete
  6. terer la pak inche masak! menggoda betol tgk lauk pauk.. sume sedap2!

    ReplyDelete
  7. Sedap lauk lauknya. Ini nasi takde pun okay. meratah je kejenya :)

    ReplyDelete
  8. Pergh...x yah la beli lauk kat kedai dh..suruh Pak INCHE JE MASAK...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!