MEE KOLOK

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...

SAMBUNG cerita .. mula nak makan lontong, lepas tu nak makan mee kolok,  tapi balik asal, makan lontong,  tu sebabnya, bila sampai depan kedai, nampak banyak note ditampal, 'BUNGKUS SAHAJA' 😓.. jadinya kami pun makan Lontong.

Sambil makan pun dok teringat laaa dengan mee kolok, haha. Dahlah setahu Sk, kalau nak bungkus mee kolok, kena bawa bekas sendiri. Kami ni, satu bekas pun tak ada. Agaknya sebab nak sangat makan, Iman kata, dia nak cuba tengok kalau sekarang, dah disediakan bekas untuk bungkus 😆


Mee Kolok paling femes di JB. Buat sementara ni, mereka cuma buka jualan untuk bungkus sahaja dan dah ada bekas untuk bungkusan disediakan dengan caj RM1. Tapi kalau anda nak makan di sini jugak, dibenarkan dengan syarat sudah lengkap vaksin. Konsepnya ala-ala Yah Kuchai 18 Puasa, beli bungkus, makan sini 😂😂😂😂😂. Kalau nak bawa mangkuk  dan sudu garfu sendiri, pun boleh. Lepas makan, bawa balik mangkuk tu, jangan lupa 🤭
Ya..  sebab mereka tak nak ambil risiko kongsi mangkuk dan sudu garfu sesama pelanggan.


Jadinya, tadi dah sarapan lontong, lepas tu bungkus mee kolok untuk lunch.  Harga RM6+RM1=RM7
Okeylah hari ni tukar selera makan tengahari. Asyik makan nasi lauk ayam kantin Kak Sab pun bosan jugak, huhuhu.

Lain kali, nak bawa mangkuk sendiri pergi makan mee kolok 😜



Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedap nya 😍 My fav mee kolok ni

    ReplyDelete
  2. Tak pernah merasa lg mi kolok...ramai yg dok kata sedapppp

    ReplyDelete
  3. lama akak tak makn mee kolok..nak ke hutan bandasr jgk lh nnt2 hihii

    ReplyDelete
  4. Kalau dah basuh sudu mangkuk tu boleh berjangkit gak ke? Hahaha kelakarlah kedai ni

    ReplyDelete
  5. SA pun minat mee kolok...tp nak makan yg kat Sarawak tu..Mee Kolok Hj Salleh...

    ReplyDelete
  6. Nampak tak...kita punya kimia...🤭
    Lunch kita sama...makna meee...walaupun kanda taj mee kolok tu lagi sedap...😁

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dapat makan 2 juadah dalam sehari.

    ReplyDelete
  8. Bila tengok mee kolok, rasa macam nak buat untuk dinner nanti. Ha3 😂.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!