GERAI SARAPAN TEPI MASJID

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...

SEBAB nak sangat makan lontong yang dijual di Gerai Sarapan Tepi Masjid, pagi ini gigih Sk berjalan memandu keluar rumah. Gerai tepi masjid ni kalau ikutkan jaraknya tak sampai 1 km pun dari rumah Sk. Cuma perlu berjalan keluar melepasi enam buah rumah, kemudian melintas jalan besar, dah sampai. Tapi, Sk lebih sanggup pandu kereta, buat pusingan u, hihi. 


Sebab memang dah kata, nak beli lontong sahaja, memang Sk tak hairanlah dengan pelbagai pilihan sarapan berat di sini. Di sini, macam-macam ada, nasi lemak, pelbagai jenis mee dan bihun, soto dan entah apa lagi yang bersusun dalam kotak-kotak lutsinar tu. Tapi, yang dalam gambar atas ni, memang amat menggoda anak tekak yang sedang lapar. Maklumlah, pagi-pagi belum lagi menjamah apa-apa. Kalau ikutkan nafsu yang tamak haloba, nak aje ambil itu.. itu.. itu... itu.. itu.. 
😜😜😜


Tapi, cuma ini yang terpilih. Nasib baik pergi seorang, kalau pergi berdua, mahu yang berwarna-warni, bomboloni, manis-manis semua ikut sekali macam nak makan kenduri.


Pulut serunding dan sandwich terpilih mengikut Cik Lontong balik. Sk mula kenal lontong gerai tepi masjid ni semasa pkp tahun lepas. Masa tu, peniaga ni buat jualan secara penghantaran sehingga ke pintu pagar. Memang selalu la Sk beli lontong dia, sehinggalah bila sudah mula dibenarkan membuka gerai, dia tidak lagi buat khidmat penghantaran. 

Alhamdulillah.. kenyang sudah makan lontong. Jom kita work for home.. eh.. work from home 😂


Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedpnya tengok pulut serunding tu...SA suka tapi tak leh makan banyak..angin...

    ReplyDelete
  2. Alahai SK... kalau Kak Amie nampak kuih-muih tu pun rasa nak borong sebakul juga. Memang tamak betul... orang tamak ni selalu untung tau hihihii.

    ReplyDelete
  3. kuih seri muka pebret kita...
    klu dapat yg lembut isi nya mmg x cukup makan seketul

    ReplyDelete
  4. Eh,Pulut Serondeng & sandwich tu TERikut ek....🤭

    ReplyDelete
  5. Rindunyaaaaa nak borong kuih muih kalau pergi pasar malam! Kuih nona tuuu sedappp! Maniss hehehe

    ReplyDelete
  6. Macam Rumah Nombor 5 Persiaran Satu.Disebelah kanan masjid,di depannya mini market....Pernah dengar tak?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!