PENCARIAN PENGUNJUNG KE 20 JUTA

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

Assalamualaikum...

BARU lepas sarapan dua keping roti canai dicicah kuah kari kambing. Bukan tebar sendiri, bukan juga pergi tapau kedai mamak pagi-pagi tapi ini baki roti canai yang tak habis dimakan hari itu. Lepas ni, kalau nak beli roti canai memang kena ngam seorang sekeping aje supaya Sk tak lagi menjadi tong sampahnya 😂

Kita ni pulak, punyalah penyanyang dengan makanan. Bak kata seseorang kepada Sk dulu, sebab sayanglah tu jadi gemuk. Ehhhh, tak ada insurans mulut tu. Sekarang, rasakan pulak, dia sendiri pun dah gemuk.. kui kui 😤


Berbalik kepada tajuk, Pencarian Pengunjung ke 20 Juta, Sk ingin menawarkan hadiah wang tunai RM50 x 4 pengunjung yang berjaya menangkap angka 20,000,000 atau yang terhampir tidak lebih dari 100 angka. Anda tidak dikira sebagai pemenang jika menangkap angka 19,999,999 ya tapi mesti 20,000,000.. kalau terlebih, tiga angka belakang tu antara  01 hingga 100. Jelas, kan syaratnya tu? Sk akan beri masa 12 jam untuk menunggu bukti tangkapan layar anda.

SYARAT PERADUAN PENCARIAN PENGUNJUNG KE 20 JUTA

1. Follow Blog Alam Sari Tanah Jauhar.

2. Tangkap layar pageview 20,000,000 hingga 20,000,100 sahaja.

3. Hanya empat pemenang yang terhampir dengan angka di atas akan dipilih.

4. Hantar bukti penyertaan ke email serikanditanahjauhar@gmail.com

Penyertaan terbuka kepada semua pengunjung blog Alam Sari sama ada blogger ataupun bukan.


Paparan pageviews blog Alam Sari semalam dan kelmarin yang diklik purata 29,000 sehari. Jadi, bolehlah congak-congak bila boleh capai 20 Juta 😆 Kalau ikutkan pencapaian blog sekarang, ia mencapai 155,843 PV dalam masa seminggu. Laju memang laju, yang menjadi antara penguat semangat untuk Sk terus berblog.

Akhir kalam, Sk ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi singgah ke Alam Sari Tanah Jauhar. Lagi, yang klik-klik iklan dalam blog ni, semoga Allah swt melimpahkan rezeki, kasih dan rahmat-Nya kepada anda semua.

Terima kasih 🥰🥰🥰


Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Seriusnya....semalam saya dah tulis kat komen nak minta SK buat peraduan tangkap viewpage 20 juta.Pastu saya delete sebab rasa memandai nyibok blog orang...
    Hahahha sekali pagi ni,habis sahaja BDR ni baca post SK....
    Waaaaaaaaaaa ......

    Nak mula berzikir ni untuk dapatkan rm50 tu..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emak Cella boleh baca hati sy ka atau sy boleh baca hati emak Cella ni, hihi. Memang nak buat cuma menunggu masa sesuai utk post entri. Tapi, kita memang ada kimia kan 😂

      Delete
  2. Okeyyyy boleh mencuba nasibbb, mana tahu ada rezeki di blog Sk hehehe

    ReplyDelete
  3. kena cuba nasib ni...hahaha..selalu gak cuba kat blog kawan- kawan lain sudahnya takdo..lolap....pergh..banyak giler pv SK, SA hari2 update pun x macam tu...

    ReplyDelete
  4. Mantappp PV sehari! Ok ok, try mencongak! HAHA

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!