TAHAN NAFAS TONTON J2 - J RETRIBUSI - Alam Sari Di Tanah Jauhar

TAHAN NAFAS TONTON J2 - J RETRIBUSI

Assalamualaikum...


LETAK ke tepi telefon malam ini bagi menumpu sepenuh perhatian menonton filem lakonan hero idaman semalaya, Abang Jul Aripin. Filem yang merupakan kesinambungan filem J Revolusi, sekali lagi menampilkan aksi terbaik 
arahan bersama Nazrul Asraff Mahzan dan Nazim Shah dengan skrip ditulis oleh Azhar Amirulhisyam, Anwari Ashraf dan Alfie Palermo.

Selain Zul, J2 turut dibintangi Allahyarham Ashraf Sinclair, Yiming Chen, Ainin Batrisya, Amelia Henderson dan hero yang belum hilang bisanya, Rosyam Nor yang membawa watak sebagai Datuk Hisham. 


Ia mengisahkan tentang Jay Zulkarnain yang telah bertukar kerjaya sebagai pengawal peribadi anak Datuk Hashim, iaitu Nadi. Jay ditugaskan membawa Nadi ke Hotel Berjaya Waterfront dan tanpa disangka berlaku satu tragedi yang mendedahkan sisi gelap Datuk Hisham. Jelaslah bahawa setiap perbuatan yang buruk pasti membawa padah dan menerima pembalasan (retribusi). 


Suka betul Sk melihat lakonan Ainin Batrisya yang membawa watak Nadi. Sifat manjanya tidak dibuat-buat dan kelihatannya amat serasi digandingkan bersama Jay. 


Memegang watak penjahat bermakna ianya tidak boleh dibuat sambil lewa dan watak antagonis dalam siri J ini amat tepat diberikan kepada Asyraf Sinclair. Pada mulanya, muncul sebagai wartawan yang bertanyakan soalan sensasi ketika sidang media, rupa-rupanya manusia bertopengkan syaiton yang tiada hati perut. 


Persembahan ZA yang tidak perlu dipertikaikan. Sampai tahan nafas setiap kali melihat Jay beraksi. Walaupun tangkas dan ganas, namun Jay penuh sifat melindungi ke atas wanita dan kanak-kanak.

Paling suka menonton J2 kerana penggambaran dilakukan di Johor Bahru dan rasanya 90 peratus lokasinya di Hotel Berjaya Waterfront, Stulang Laut. Hurmmm.. sayangnya tak dapat menonton J Retribusi di layar lebar. Luas mata memandang dengan gema bunyi dari setiap penjuru pawagam. 












3 comments:

  1. Ramai hero Malaya berlakon.. mesti menarik cerita ni.

    ReplyDelete
  2. Ashraf ni filem terakhir dia ke sblm meninggal th lepas..
    Alak suka watak jul ripin dlm hantu kak limah

    ReplyDelete
  3. Ashraf ni filem terakhir dia ke sblm meninggal th lepas..
    Alak suka watak jul ripin dlm hantu kak limah

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih