ASAM PEDAS IKAN IBU

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
Assalamualaikum...

SIAP membasuh dan menyidai dua trip kain baju. Dalam mesin, masih berputar kain baju semasa balik kampung hari itu. Macam banyak sangat kain baju, kan? Sebenarnya bukan banyak tapi jadi banyak sebab tak membasuh hari-hari. Minggu lepas, cuaca mendung, memang tak semangat nak membasuh lagilah kalau tengah banyak kerja BDR. Jadi, bila ada kecemasan terpaksa balik kampung, terus jadi bertimbun-timbun. Haaa.. sebab tulah ada peribahasa, 'Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan' 🤭

Disebabkan kelmarin, tak jadi makan lontong sama-sama dengan ibu kerana Iman ada kelas sampai pukul 6, jadi Sk terberjanji nak datang rumah ibu, esoknya (semalam), lepas habis BDR. Pak Inche pulak minta Sk masakkan kari ayam dengan ayam goreng (lagik???) untuk makan malam. Jadi, pukul 3, Sk dah mula memasak, sup sap sup sap, siap pukul 4 lebih macam tu, Sk terus keluar hantar dokumen untuk urusan intern Iman. Iman dah masuk semester 5 tau, kuliah dua bulan kemudian terus praktikal. Jadi, lepas hantar dokumen tu, kami ke aeon taman u tujuannya untuk membeli kipas sebab kipas bilik Iman rosak. Rumah kami tak ada air-cond ya, guna kipas lipas jer 😂

Tengah pilih-pilih kipas (rambang mata), ibu telefon tanya, awak kat mana? Awak kat mana? Rupanya, ibu dah siap memasak asam pedas untuk kita. Laaa.. awat tak cakap masak asam pedas. Selalu ibu beritahu tak masak, jadi, Sk pun macam lambat-lambat jer la datang. Nanti, kita tapau la apa-apa bawa ke sana. Jadi, lepas bayar kipas, berdesup kita sampai Senai. Ya, tahu.. pkp tak boleh pergi rumah orang, tapi terpaksa wak.. nanti ibu merajuk 🤭


Perghhh.. sedap sangat la asam pedas ibu semalam. Walaupun tak ada daun kesom ke, sawi jeruk ke, air tangan ibu tetap punya keistimewaan sendiri. Dah makan, ibu siap tapaukan untuk bawa balik. Kau jangan kata tak nak pulak 😂

Disebabkan hari tu tak sempat buat lempeng makan dengan asam pedas, melempenglah Sk pagi ini sambil mendobi.


Sayur bayam goreng. Memang dari dulu, bayam ni peneman lauk asam pedas. Dulu pulak, rumah sebelah kebun sayur, setiap hari la makan sayur bayam ni, tak pernah jemu pulak.


Ikan goreng pun ada. Sekarang, ibu memang selalu goreng ikan buat tambah-tambah lauk, maklum dapat cucu kuat makan 🤣. Zaman kami kecik-kecik dulu, makan jer la ikan gulai. Alhamdulillah, kami semua membesar dengan jayanya 😜


Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. SEDAPNYA..dah la memang mengidam asam pedas

    ReplyDelete
  2. Wah,dah nak intern dah dak Iman..Rasa macam baru jer lagi.Semoga Allah mudahkan urusan & kurniakan kejayaan cemerlang untuk Iman.

    ReplyDelete
  3. Selamat mendobi SK:)
    Kita pun baru masak asam pedas semalam, asam pedas tetel.

    ReplyDelete
  4. PEkat elok nampak kuah asam pedas tu. masam2 pedas sikit perghhhhhh

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!