AYAM MASAK MERAH YANG SANGAT SEDAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum...

TERASA sedap sangat Ayam Masak Merah yang dimasak dengan penuh kasih sayang dan perasaan bersalah ni, hahahaha. Siapa lagi nak puji masakan sendiri, kan. Tapi, kalau dah berulang ceduk kuah Ayam Masak Merah ni, tentulah betul-betul sedap, tak tipu, hihihi. Tapi, biasalah Pak Inche, walau dah ada ayam masak merah pun tetaplah juga nak ayam goyeng dia 🤩

Resepi Ayam Masak Merah Sk

Bahan-bahan :

2 sb minyak sapi

Sedikit minyak masak

2 helai daun pandan dipotong-potong

1 kulit kayu manis

1 kuntum bunga lawang

3 kuntum bunga cengkih

2 biji buah pelaga

1 senduk kecil cili kisar

1/2 biji bawang besar dikisar

1/2 tin kecil tomato puri

1/2 tin kecil kacang peas

1/2 biji bawang besar dipotong bulat

Beberapa ketul potongan ayam, perap garam dan kunyit kemudian digoreng 3/4 masak

1/2 cawan susu sejat/ susu cair

Garam secukup rasa

2 - 3 sb gula

Sedikit ajinomoto


Cara memasak :

1. Panaskan minyak sapi dan sedikit minyak masak.

2. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan daun pandan hingga wangi.

3. Masukkan bunga cengkih dan buah pelaga, cili dan bawang kisar, kacau hingga pecah minyak. Tambahkan air sedikit-sedikit sambil terus menumis.

4. Masukkan tomato puri, kacau lagi hingga pecah minyak.

5. Masukkan kacang peas, boleh masukkan airnya sekali tapi jangan banyak, kacau.

6. Masukkan garam dan gula, kacau, kemudian masukkan ayam dan bawang besar yang dipotong bulat.

7. Masukkan susu cair, kacau sebati, biar mendidih dengan api kecil hingga ayam cukup masak. Cap cap ajinomoto, kacau sekejap dan bolehlah tutup api.




Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Uish....menawan qolbu peminat ayam ni..
    Bertabah ja la SK..Orang tua-tua (hihihihi) memang lagu tu .makan nasi lauk apa pun mesti kena ada yg goreng juga .hihihi

    ReplyDelete
  2. Wah! Pakai minyak sapi semerbak aromanya. Goreng ayam 3/4 masak walllaaa enak banget bila sudah jadi ayam masak merah!

    ReplyDelete
  3. Terliur tengok ni. Sedap juga kalau sekali sekaal buat ayam masak merah ni, Next time nak ikut resepi sis pula

    ReplyDelete
  4. Terliur jugak SA tengok ni...masak merah ni x yah letak cili kan...teringin nak makan lauk kenduri

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!