DAH DAPAT MAKAN NASI TOMATO

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum...

PAGI masih gelap.
Hari ini sepatutnya Iman akan disuntik vaksin Astrazeneca di Persada JB tapi jadual vaksinnya bertembung pula dengan kertas peperiksaan. Iman bertanya kepada pensyarah dan pensyarah kata, ada dua cara sama ada, Iman akan menjalani peperiksaan secara berasingan dengan kertas soalan berlainan atau Iman perlu membatalkan tarikh vaksin di MySejahtera. Kerana tak mahu kertas soalan lain dan periksa berasing, Iman batalkan temujanji vaksin. Lepas tu, baru ada kawan yang beritahu, boleh jer datang lambat masa vaksin tu, beritahu la ada periksa. Tapi, bagi Sk, ia akan menyukarkan pihak lain pulak nanti. Macam yang dikongsi seorang kawan, betapa ramai yang susah apabila penerima vaksin tidak menepati masa. Tak apalah Iman, tentu ada hikmahnya. Kita duduk aje rumah diam-diam sementara belum dapat vaksin ni dan ia bukanlah satu tekanan bagi Sk.


Akhirnya, selepas kejadian tertinggal nanas dan timun serta cili padi di kaunter pembayaran NSK, semalam, dapat juga masakkan Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah yang diingini Pak Inche sejak minggu lepas. Lega sangat la.. takut jugak kan kalau suami kempunan, mahu rasa bersalah seumur hidup. Dua kali ulang jugaklah nasi tomato ni, sekali siang, sekali malam. 

Mulanya Sk ingat nak jugak masak kormak sekali selain dari Ayam Masak Merah tapi tak jadilah, penat sangat rasanya memasak tak berhenti sejak Jumaat. Nasib baiklah Jumaat Sabtu cuti, bukannya hari BDR. Nasi tu pun, Sk guna beras biasa jer sebab dah kehabisan stok beras basmathi. Beras ini sumbangan yang diberikan kepada media masa pandemik ni. Kebetulan beras dah nak habis, orang tua kata, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. 

Resepi Nasi Tomato

2 1/2 pot beras dicuci bersih, toskan
2 sb minyak sapi
1 kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 buah pelaga
2 helai daun pandan disimpul
1/4 bahagian bawang besar merah dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
1/2 tin kecil tomato puri
1/2 pot susu cair/susu sejat
2 sb kismis
1/3 tin kecil kacang peas
Garam secukup rasa

Cara memasak :

1. Panaskan minyak sapi kemudian tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang serta daun pandan sekejap sahaja.

2. Kemudian masukkan bawang, kacau hingga layu, kemudian masukkan bunga cengkih dan buah pelaga, kacau lagi hingga harum.

3. Masukkan tomato puri, susu sejat dan kismis, kacau sebati.

4. Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam inner pot bersama 2 cawan air. Kemudian masukkan bahan yang ditumis tadi.

5. Masukkan garam secukup rasa, kacau sebati.

6. Apabila nasi dah mendidih, masukkan kacang peas, gemburkan nasi dan tutup semula periuk. Biar hingga periuk mati secara automatik dan nasi kering. 


Pencuk atau acar jelatah.. haaa.. inilah yang beberapa kali jadi penghalang nak masak nasi tomato 😜. Bermula dengan kisah nak makan nasi tomato DI SINI dan DI SINI, semuanya tak jadi gara-gara dia, hahahaha. Padahal nak gunanya bukan banyak. Macam semalam, Sk cuma guna sebelah bahagian nanas dan sebiji timun kecil sahaja. Hurmm.. nanas tu Sk beli dari hari khamis tapi masa potong ni masih muda dan pucat warnanya. 

Resepi Pencuk/ Acar Jelatah

1/2 nanas dipotong tiga dan dihiris nipis
1 timun kecil belah dua hiris nipis
1/4 bawang besar merah dimayang
1 cili hidup dimayang (Sk guna cili api sebab tak ada cili hidup, janji kena ada pedas sikit)
2 sb cuka masak
1 1/2 sb gula pasir

Gaulkan kesemuanya.

Nanti, Sk kongsi resepi Ayam Masak Merah Sk pulak ya 🥰🧑‍🍳


Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. klu kita kan kak selalu suka ratah ayam masak merah tu, kadang sampai berketul2 hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kat rumah ni, bapak eh aje suka ratah ayam, hihi

      Delete
  2. Anak-anak bujang kami belum lagi dapat panggilan suntik vaksin.
    Ngam betul tu nasi tomato dengan ayam masak merah. Sudah semestinya pencuk wajib di sisi kedua-duanya.

    ReplyDelete
  3. In sya Allah nanti boleh daftar lain. Sedap tu nasi tomato. Terliur la pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. cuma cepat atau lambat je. Risaunya sbb takut dia kena balik Ipoh

      Delete
  4. So syedap....
    Takpa Iman,in sha Allah nanti dapat juga vaksin tu..
    Beras brand apa tu SK.Cantik berasnya walaupun Bashidup & bukan Basmathi..Yang penting sedap Warnanya menarik sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bashidup cap Manggis, hahah.. tak dapat makan manggis, makan beras cap manggis pun boleh tapi berasnya hancur sikit la sebenarnya

      Delete
  5. Selepas beberapa hari, dapat jugakkkk makan nasi tomato hahaha.
    Takpe iman, lain kali boleh dapat vaksin lagi. Kalau jawab exam lain paper dengan classmate memang tak syokkkk huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah dia taknak, dahlah kertas lain, kawan pun tak ada sekali nak gitu gitu 😜

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!