LEMPENG CICAH ASAM PEDAS IBU

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...

IMAN kata, kalau nak buat lempeng, buat macam hari tu, jangan letak kelapa. Haaa.. macam Sk la masa budak-budak dulu, tak suka lempeng kelapa, dah remaja purba ni, lempeng kelapa la yang paling sedap. Mungkin Iman kena tunggu lagi doploh tahun, baru datang minat dengan lempeng kelapa 🤭


Kali ni buat sukatan mengikut nisbah 1 : 2 iaitu 1 tepung dan 2 air.  2 air tu Sk campur  1/2 gelas susu sejat dengan 1 1/2 gelas air. Telur pun letak dua biji sebab telur banyak sangat. Ah, baru teringat, beli telur sampai dua papan hari tu sebab plan nak buat puding caramel 😍
Hasil formula lempeng kali ni, dapat lempeng yang sangat lembut dan halus teksturnya. Halus sebab kita kisar, ada benda mudah, buat apa nak susah, kan. Masak guna dua kuali sebab nak cepat siap. 


Asam Pedas Ikan Ibu. Dua ketul ikan tu, Sk yang habiskan sebab Iman cuma makan lempeng dengan kuah aje. Sk perhati semenjak dua ni, Iman makin cerewet makan terutama ikan, cukup memilih. Dah sama dua kali lima macam bapaknya. 


Saja buat banyak sebab nak makan banyak. Rasanya Iman makan empat lima keping jer kot. Anak omputeh la katakan. Besok-besok kalau bonda dah tak ada, tak yah nak up status rindu lempeng bonda okay. 

Jadinya, dua kali la Sk kenduri lempeng. Sekali masa sarapan, sekali baru lepas ni... baruuuuu lepas.... 🤭

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnya.. x penah mkn lempeng cicah asam pedas.. selalunya kari atau susu je.. sy pn x suka lempeng yg dicampur kelapa kak

    ReplyDelete
  2. sedapnya . ccl suka cicah dengan sambal ikan bilis

    ReplyDelete
  3. Adunan lempeng tambah ssu dan telur memang nampak cantik mulus kejadiannya kan SK.

    ReplyDelete
  4. Dulu-dulu pun PC tak berapa suka lempeng kelapa..bila mama buat lempeng je mesti akan buat dua versi,,ada kelapa dan tak ada kelapa. Sampai mama cakap nanti satu masa mesti yang ada kelapa nilah yang dibuat selalu, dan memang betul, bila dah tua-tua ni, PC sangat suka lempeng kelapa. Nikmat lain macam.

    ReplyDelete
  5. Lama tak melempeng.telioq la nampak lempeng asam pedas ibu tu.Asam pedas ulang panaskan pula..rasa dia memang sedap berganda

    ReplyDelete
  6. selamat menjamu selera, sodap ehh

    ReplyDelete
  7. Sedappp lempeng cicah gini.. lempeng kelapa pun saya kurang minat.. huhu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!