BIHUN VIRAL 12 ST GULA

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

Assalamualaikum...

DAH berapa banyak kali nampak ramai yang kongsi dah cuba masak Bihun Udang Kering yang tular kerana memasukkan 12 sudu teh gula sebagai salah satu bahannya. Yang buat viral ialah sukatan 12 sudu teh gula tu, sebab ada yang faham 12 sudu gula. Lain kali baca betul-betul resepinya. Ada juga yang membanding-bandingkan resepi dia dengan resepi orang. Kalau awak rasa, resepi awak sedap, kongsilah. Biarlah orang lain tu nak kongsi resepi nenek moyang dia, kenapalah kita nak sakit hati pulak.

Jadi, Sk.. walaupun nampak ramai yang dah buat dan mengakui bihun tu tak semanis walaupun letak 12 st gula, belum datang keinginan nak mencuba. Sehinggalah baca entri Puan Hazel malam tadi, tiberrr menggebu-gebu perasaan nak buat esok paginya (pagi ini). Hah, kalau dah blogger tu, dia nak ikut blogger jugakkan. Teringat zaman kegemilangan blog suatu masa dulu.. kalau blogger ni masak Kari Ayam yang menggunakan kerisik contohnya, maka blogger-blogger masakan lain akan ikut. Bagi menghormati rakan blogger lain, kami akan 'link' kan antara blog. Kuat juga ikatan ukhwah antara blogger ni, walaupun kadang tak pernah berjumpa tapi rapat tu macam satu keluarga.


Baru beberapa jam post di IG Reels, dah dapat lebih 1.5K views. 


Punyalah tak nak derhaka resepi, gigih siapkan bahan-bahan. Tengok dalam jug pengisar tu, ada nampak banyak sangat ke gulanya?


Kisar semua bahan terus supaya tak ada yang tertinggal, hihi. 


Mula-mula.. panaskan sedikit minyak masak dalam kuali dan goreng udang kering hingga masak.


Kemudian masukkan bahan yang dikisar halus.


Tumis hingga pecah minyak


Masukkan bihun


Gaul rata


Gaul hingga mesra


Dah berasap.. bolehlah tutup api.


Seakan-akan rasa Bihun Goreng Mak Mertua hamba ❤️



























Tags

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. glamor betul bihun 12 sudu ni sejak kebelakangan ni, kalah mira filzah!

    ReplyDelete
  2. Terserempak juga beberapa kali bihun 12 gula sudu teh ni. Belum cuba masak. Nanti nak selongkar kabinet, ada tak stok bihun. Udang kecil baru jew beli pagi tadi.

    ReplyDelete
  3. Wah nampaknya PC tertinggal sesautu yang menarik ni.

    ReplyDelete
  4. Hahaha... terjebak juga SK ye :D
    Bila tengok bihun SK ni, tetiba rasa nak repeat la :p

    P/S: Tq letak link blog PH sini muwah!

    ReplyDelete
  5. Ada yang saya terlepas ke dengan mihun viral ni? hahaha

    ReplyDelete
  6. sedap je nmpk.. kalo rajin nt sy plak ikot resepi ni.. haha

    ReplyDelete
  7. Ingatkan betul2 12 sudu gula
    Nak kena dibetes ke

    ReplyDelete
  8. Hahaha...dah buat yer..
    Saya belum...
    Baca juga kat bloh Puan Hazel hari tu macam tergoda..tapi belum cuba lagi...Nanti nak kena buat juga ni

    ReplyDelete
  9. Dah singgah dapur Puan Hazel, Kak Amie dan mama cella. pastu singgah dapur akak pulak. pasni kita pun nak terjebak sekali buat. Gerenti sedap kalau guna resipi orang orang lama ni kan. yang jadi pelik bila guna bahan yang kita jarang guna dan sebenarnya sedap rasa dia.

    ReplyDelete
  10. SA x pernah buat lagi..nak buat macam x berani...sana- sini dapur duk update bihun ni...x leh jadi ni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!