NASI GORENG CILI PADI SABTUDAY

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...

HARI ini Iman berbekal Nasi Putih dengan Ayam Masak Lemak Cili Padi. Lepas hantar Iman ke pejabat, Sk tak singgah ke mana-mana membeli sarapan. Sebelum keluar tadi, sempat tuang air panas didih dalam mangkuk telur. Tak tahu la apa nama benda tu, untuk buat telur separuh masak tu laaa.. hahaha. Roti G ada sebuku. Lebihan nasi dalam peti sejuk pun ada sebekas. Untuk bekal Iman, kita masakkan nasi baru.


Maka terjadilah hidangan Nasi Goreng Cili Padi, pagi ini. Walaupun warnanya tak nampak padu, tapi rasanya pasti syahdu sampai air mata, air hidung semua meleleh. Yang tengok ni pun, mesti meleleh air liur, kannnn? 😜😜😜

Nasi Goreng Cili Padi

2 pinggan nasi sejuk
3 ulas bawang ros
2 ulas bawang putih
Segenggam cili padi
2 biji telur
1 kiub ikan bilis
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara :

1. Tumbuk atau kisar halus bawang dan cili padi. 

2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.

3. Masukkan telur, biarkan telur beku sedikit. Masukkan kiub pati ikan bilis.

4. Kemudian gaul telur dan bahan kisar, masukkan nasi, gaul sebati.

5. Besarkan api, sentiasa kacau. Taburkan garam secukupnya.

Mudah jer goreng nasi pagi ni. Lagi sedap kalau ada ikan bilis goreng kan, tapi PI tak suka ada ikan bilis dalam nasi. Matcham-matcham 😆😆😆


Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Hai 🌸 singgah sini from Blog Amie's Little Kitchen. Sedapnya nampak Nasi goreng tu 🤤

    ReplyDelete
  2. Sapa cakap tak nampak padu...Hamba yang menatap terus terasa lapar.Bukan sua orang pandai masak nasi goreng nampak berderai cantik macam tu..
    Apa lagi SK...penat dah mengampu ni🤣

    ReplyDelete
  3. Padu...mantap...akak yg tgk ni pun terliur..

    ReplyDelete
  4. Allahu... nasi goreng cili padi memang tak tolak tepi! Biar meleleh segala-galanya hihihiii. Namun nasi goreng cili padi tetapi jadi pojaan!

    ReplyDelete
  5. SA hari ni makan nasi goreng Pak Zain buat....alas hari ni nak amik gambar..ntah kenapa ntah tiba penyakit M tu sampai

    ReplyDelete
  6. menu ringkas macam ni siapa kata tak sedap . kenyang perut terus

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!