LEMPENG CAIR BERSANTAN CICAH KARI IKAN BAWAL

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

Assalamualaikum...

SEMALAM, ibu bekalkan Sk dengan Kari Ikan Bawal yang ibu masak tengahari semalam. Dalam usia ibu tu memang sepatutnya dah tak perlu memasak. Tapi itulah, tak boleh dilarang-larang, nanti merajuk. Jadi, kalau ibu kata nak memasak tu, kita bagi sajalah. Mungkin ibu jugak rindu dengan masakan sendiri. Cuma ibu kata, dia macam dah lupa-lupa sikit la resepi dan sukar nak menganggar sukatan bahan.. huhu.


Bila tengok Kari Ikan Bawal ibu, terus terbayang sedapnya kalau dibuat lempeng. Ialah, hari tu masak Asam Pedas, tak sempat nak buat lempeng dah wassalam 😅


Jadi, melempenglah Sk pagi ni lepas Pak Inche pergi kerja. Kali ni, Sk buat lempeng cair letak santan. Banyak lagi santan kotak lebihan masak pulut hari tu, takut lama-lama nanti rosak. Wangi betul bau lempeng bila dibubuh santan. Sk guna ibu santan Farm Fresh, memang sungguh wangi dan sedap santan ni.

Resepi Lempeng Cair Bersantan

2 cawan air
1/2 cawan ibu santan Farm Fresh
1 biji telur
1/2 st garam
2 cawan tepung
2 sb minyak masak
Sedikit pewarna hijau jika suka

1. Kisar semua bahan hingga halus. 
2. Panaskan kuali, sapu dengan sedikit minyak masak.
3. Tuang sesenduk adunan dan lenggangkan kuali hingga rata adunan lempeng dalam kuali. 
4. Apabila bahagian atas sudah kering, boleh terbalikkan lempeng.
5. Boleh gulung jika suka.


Aduh, nikmatnya lempeng dengan kari ikan 🐟🐟🐟. Hingga terlupa baju belum disidai di ampaian 😂 Syukur Alhamdulillah, masih berpeluang bernafas di muka bumi ini dan menikmati air tangan ibu. Semoga ibu terus diberi kesihatan yang baik dan berbahagia selalu.

🥰🥰🥰





Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ibu santan?
    Tak jumpa lagi..
    Kari ikan ibu
    lempeng ibu santan..
    Syok layan gu dengan kopi 0

    ReplyDelete
  2. Cantik lempengnya tu SK. Teringat Abang Farid suka makan lempeng!

    ReplyDelete
  3. Alaaa...nak lempeng jugak la....bab lempeng ni specialst kat rumah ni Pak Zain...hehehehe

    ReplyDelete
  4. Lempeng gulung . Sedap jugak dicicah dengan kuah gulai .

    ReplyDelete
  5. lempeng santan ni sedap, rasa lemak dia cicah dengan kari ikan makan waktu petang layan...
    cara edit video
    cara buat video
    production house in malaysia
    cara buat video

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!