MAKAN KFC

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

Assalamualaikum...

SEMALAM, Pak Inche kata, malam nanti makan KFC jer sebab dia bercadang nak bungkus nasi untuk makan tengahari di pejabat. Padahal sebelum tu dia pesan malam tu nak makan Sotong Masak Kicap. Bila dia cakap macam tu, teruslah Sk masak nasi dan panaskan lauk Asam Pedas sebab malam nak makan kfc aje katanya 😍.


Pak Inche beli set bucket - 9 ketul ayam. Banyaknya, padahal beli 5 ketul pun okey sebab selalunya Sk dan Iman makan seketul sorang jer. Lepas tu dia beli jugak Coleslow dan Kentang Putar mangkuk besar. Dua mangkuk kecik tu, sos cili. Baru tahu sekarang kalau beli kfc dia bagi sos cili macam tu. Tak ada peket sos kecik-kecik tu dah. Teringat dulu-dulu, kalau beli kfc banyak-banyak (take away), minta sos kedekut, ambik jer sos cili dalam botol atas meja makan tu. Tu kira mencurik ke? Aduh.. zaman jahiliyah tu.. mudah-mudahan halal laaa sebab kalau kita dine-in, kita makan ayam dengan sos atas meja tu kan. Zaman tu, mana ada lagi sos pam-pam macam sekarang ni.

Berbalik cerita pasal sos, tu kan.. bila dicicah, rasa pelik sebab tak rasa macam sos cili jenama Life. Kan KFC guna sos jenama Life. Ayam KFC, kalau cicah sos brand lain, rasa dia lain tau. Dia nak life jugak, tapi Sk malas nak cakap masa tengah makan tu. Lepas Pak Inche tinggalkan meja, baru Sk luah kat Iman. Iman pun kata ya, macam sos dalam botol besar tu. Manis giler pulak tu siap ada cebisan-cebisan cili.

Sebelum tu, Pak Inche cerita, kat kaunter tu dia request nak drumstick dan thight aje. Jadi, bila buka kotak memang semua dia bagi peha dengan thight la (apa dalam bahasa melayu eh? 🤭). Jadi, kami pun makan.. gedebak-gedebuk, dah nak habis makan tu, Pak Inche dah makan dua, Iman satu, Sk satu. Tengok dalam kotak, banyak lagi. Lepas tu, kira-kira balik rupanya staf kfc tu bagi extra seketul. Tatawlah sengaja atau pun tak sengaja. Tapi, kami anggap jer yang staf tu memang sengaja bagi lebih satu sebab pkp ni, nak kena tutup restotan awal, kan. Tak larat oh nak pergi hantar balik seketul ayam kat kfc 😅. Kami pun menambah la ayam masing-masing. Habis jer makan.. Cik Ani pun sampai...

Ingat tak, abang ipar Sk yang kena serangan darah tinggi tu? Syukur dah dapat balik rumah dan dah boleh duduk tapi tak boleh jalan sendiri la. Jadi, Angah masak Bubur Merah Bubur Putih tanda kesyukuran. Tu, Cik Ani datang hantarkan, lupa pulak nak ambil gambar buburnya sebelum dingap semalam. Jadi, langkah kanan la Cik Ani. Sk suruh makan jer ayam-ayam tu. Wassalam semua, senang kemas 😆 Patutlah Pak Inche berlebih-lebih beli ayam dan staf kfc tu siap bagi ayam lebih satu, macam tau-tau je ada orang nak datang... rezekiiii...

🐔🐔🐔🐔🐔





Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Rezeki dpt ayam extra dr kfc.. Klu sblh rumah, saya dh bw mangkuk minta seketul ayam hahaha

    ReplyDelete
  2. Rasanya sos dalam peket kecik tu dah habis stok kot, sebab tu dia letak dalam bekas kecik tu hehehe. Macam saya kerja haritu, sos peket habis, jadi terpaksa pam sos dan letak dalam bekas kecik tuuu. Yang ayam terbagi lebih tu mungkin tersilap kira, yelah nak laju kan hahahaha, rezeki Sk :D

    ReplyDelete
  3. Anggap saha SK yg salah kira🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  4. Wak kalau beli ayam kfc mesti mintak drumstick

    ReplyDelete
  5. Sos cili tu depend jugak kot kak kalau takde stok yang paket kecik tu. Sebab saya selalu juga beli kfc sebab anak2 suka. Kadang dapat dalam bekas tu. Baru ni dapat dalam paket. Sis life. Kalau dapat selain life tu tak sedap lak.

    ReplyDelete
  6. alaaa...teringin plak nak makan KFC..Tapi Dania dah muak plak makan ayam....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!