DAGING MASAK MERAH SEDAP GUNA SOS CAP LABU

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

Assalamualaikum...

HARI ini sepatutnya giliran Sk masuk ke pejabat tetapi kerana menguruskan ibu yang sedang dalam kuarantin bersama Ilham, bos memberi pelepasan untuk Sk bekerja dari rumah. Ada beberapa dokumen penting yang perlu disiapkan. Malam tadi, Sk menyambung kerja selepas jam 12 tengah malam dan tutup laptop jam 1.30 pagi. Pagi-pagi pulak, lepas Pak Inche keluar terus buka semula laptop. Sepertiga dokumen telah diemail tengah malam semalam dan jam 12 tengahari tadi, beberapa dokumen telah dihantar, tinggal sikiiiiit jer lagi lepas tu bolehlah melepaskan perasaan 😆


Iman cadangkan agar Sk memasak hari ini. Yang banyak dalam peti ajaib cuma daging dan ayam. Sotong, udang semua dah wassalam. Ada ikan siakap seekor, dah janji dengan Iman, nak masak stim nyonya. Nak masak kari daging, Ilham tak makan kari katanya. Jadinya, masak Daging Masak Merah sajalah. Teringat zaman bujang dulu, Sk selalu jugak masak DMM untuk ibu. Tapi masa tu, letak pewarna merah jer ko 😂

Resepi Daging Masak Merah

Bahan-bahan :

200 gm daging atau secukupnya (rebus bersama halia hingga empuk, hiris nipis)
Perap dengan Sos berperisa cap labu secukupnya

Sedikit minyak untuk menumis
4 ulas bawang putih dicincang
2 tbs sos tiram
2 tbs sos ikan
1 1/2 tbs gula pasir
1/2 cawan air rebusan daging
1/2 labu bawang holland dibelah-belah
1 tangkai lada hidup dihiris
5 tangkai cili api belah dua

Cara-cara :

1. Panaskan minyak masak, tumis bawang putih.

2. Masukkan daging yang telah diperap tadi.

3. Masukkan sos tiram dan sos ikan, kacau rata.

4. Masukkan gula pasir, kacau.

5. Masukkan air, kacau.

6. Masukkan bawang holland, lada merah dan cili api.

7. Biarkan merenih dan bawang layu, boleh tutup api.

















Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Baru pertama kali dengar Sos Labu, bila bahan masakan yang memang bagus, makanan auto jadi extra sedap!

    ReplyDelete
  2. Sos labu jugak sedap letak dlm bihun grg..utk kaler jd lbh merah tp tak pedas

    ReplyDelete
  3. Sos labu ni la kan,orang Kelantan guna untuk goreng Mihun Pink..
    Katanya sedap

    Rupanya boleh buat masak merah guna sos ni yer..Kena cari jugak la

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!