NASI GORENG CUTI HARI HOL

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

Assalamualaikum...

HARI ini merupakan cuti umum bagi negeri Johor Darul Ta'zim sempena hari hol Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj (6 Safar). Cuaca agak mendung pagi ini, memang sedaplah menyambung tidur, kan. Tapi, perut perlu diisi. Disebabkan nasi lebihan yang Sk kumpul sesenduk.. sesenduk.. sudah cukup banyak, Sk fikir lebih baiklah dijadikan nasi goreng. Ini pun dapat idea lepas tengok nasi goreng Kak Amie di LD nun 😍


Disebabkan masa sarapan semalam, ada dua batang sosej yang tak habis dimakan, jadi, Sk potong nipis, masukkan sebagai rencah nasi goreng. Sk masukkan juga sayur campur. Patutnya campakkan cili padi yang dipecah-pecahkan tapi lupalah pulak. Jadi, nasi gorengnya tak berapa nak pedas. 


Masa kecik-kecik dulu suka sangat kalau ibu buatkan telur separuh masak, masa sarapan. Tapi, peliknya Iman tak suka telur ni. Kalau telur rebus baru dia makan, tu pun nak yang kuning dah keras. Telur mata kalau cair lagi pun dia tak nak. Tu la selera tak sama, walaupun mak dengan anak. Malas nak paksa 😅




Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Iman sama dengan acik PC. Makan telur baik goreng mata atau rebus yang kuning meti kena betul-betul masak. kalau tidak tenung je.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya nasi goreng. Sesenduk pun banyak gak tu. Pedas, lagi sedap bertambah pulak tak cukup kang :p
    saya geng Iman makan telur rebus masak betul.

    ReplyDelete
  3. telo separuh masak tu sedaaapppp! fuhh padu.. hihiks..

    ReplyDelete
  4. alaaaaa...nak gak telur tu...dapnyaaa..lama x makan...lapar perut kita...

    ReplyDelete
  5. Banyak udang banyak garam.
    Banyak orang banyak la ragam selera..
    Saya suka telur rebus ¾ masak .Kalau dapat telur itik lagi syok...lemak

    ReplyDelete
  6. Selamat bercuti umum tapi tak cuti masak.
    Wak pun suka telur rebus yang dah keras macam telur rebus pengantin tu

    ReplyDelete
  7. Cantik nasi gorengnya tu SK.
    Ada dua jenis telur rebus yang Kak Amie suka:
    1. Telur rebus orang kahwin (bunga telur).
    2. Telur rebus yang masih panas - sedap diratah!

    ReplyDelete
  8. Telur rebus masak separuh ke full, bg sy sedapp ajeee... hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!