SOTONG MASAK HITAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

Assalamualaikum...

KALAU bukan kerana C19, mungkin kami dh berada di Langkawi Kuala Ketil. Apa tidaknya, Isnin lepas merupakan cuti umum bagi negeri Johor dan semalam pula cuti Hari Malaysia. Jumaat dan Sabtu pula cuti hujung minggu bagi negeri Johor. Nak jalan-jalan sekarang pun leceh jugak sebab di Johor ni tak banyak lagi tempat yang boleh dine in. Kalau berjalan di mall pulak, dah macam puasa. Nak beli air kotak dan minum pun rasa bersalah sebab kena buka topeng. Rasa macam ada jer yang memerhati. Jadinya, walaupun cuti, kita duduk rumah sajalah. Takkan nak duduk saja kan? Kenalah masak jugak, tapi kita lek lek jer la masak. Dah pukul 4.30 baru lunch, hehehe.

Iman bagi cadangan, masak Nasi Ayam. Apo? Memang ada stok ayam, tapi ayamnya potong lapan belas. PI la beli ayam, disuruhnya potong kecik-kecik. Memang boleh nak buat nasi ayam, tapi kurang syok la kan. PI kata, tak pa, nanti pergi kedai beli ayam lain. Haaa.. ngada nak pergi kedai la tu.. tak yah. Cam tu dia kata, masak Ayam Sambal 😆 Baik, tuan. Disebabkan agak rajin, Sk masak satu lauk lain, antara lauk kegemaran Sk, Sotong Masak Hitam.


Resepi Sotong Masak Hitam

Bahan-bahan :

3 ekor sotong saiz sederhana, bersihkan, asingkan dakwatnya
Sedikit minyak masak 
2 ulas bawang merah tumbuk halus
2 ulas bawang putih tumbuk halus
Sedikit halia tumbuk halus
1 tsp serbuk kunyit
1 tsp garam
1 tsp lada hitam tumbuk
1 biji bawang besar
1 tangkai lada hidup

Cara-cara :

1. Perap sotong dengan serbuk kunyit dan garam, ketepikan.

2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan tumbuk. Masukkan dakwat sotong, pecahkan, kacau rata.

3. Masukkan sotong, gaul rata.

4. Masukkan sedikit sahaja air. Gaul.

5. Masukkan lada hitam, gaul.

6. Masukkan bawang besar dan lada hidup.

7. Renihkan seketika dan bolehlah dimatikan api.













Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nasi panas, sotong dengan ulam. Mahu dah sendawa pun tangan menyuap lagi ni kalau PC.

    ReplyDelete
  2. Okey SA x pernah makan sotong masak hitam..ingat sotong goreng kicap tadi...

    ReplyDelete
  3. Ops..lupa pulak Johor &Kedah cuti hujung minggu sama Jumaat Sabtu..KalaulH bukan PKP rasanya kami juga akan balik lampung kot...hihihi

    ReplyDelete
  4. Tak pernah try makan sotong masak hitam ni.

    ReplyDelete
  5. Teringat masakan sotong hitam yang arwah Siti Sarah share. Sedap ni makan dengan nasi panas.

    ReplyDelete
  6. itulah c19 ni banyak plan terbengkalai, moga berakhir cepat.. jemput baca ya corporate video production , No cukai pendapatan , printing logo

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!