CUCUR JAWA PERCUBAAN PERTAMA

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

Assalamualaikum...


TERGODA juga dengan Cucur Jawa. Tengok Mak Cella berulang-ulang dok buatnya, walaupun tiada bisikan tapi ada seruan, maka terjadilah Cucur Jawa di Alam Sari. 
Disebabkan tiada gula perang, kononnya gantilah dengan gula melaka hancur. Jadinya agak manis dan berkaramel bila bertemu dengan minyak panas. Topinya pun tak berapa nak lawo.. tobat.. tobat 🤭🤭🤭
Tapi sedap.. Sk makan dengan Sambal Nyet Dak Ameng tu 😍

Resepi Cucur Jawa 1
Sumber : NamakuCella

Bahan-bahan :

1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula putih
1 1/4 cawan air suam
sikit garam
minyak masak

Cara-cara :

1. Campur dua2 tepung dan gaul dengan garam dan dua2 jenis gula.

2. Bancuh dengan air suam sikit demi sikit hingga sebati.

3. Biarkan semalaman atau beberapa jam supaya kembang.

4. Panaskan 1/2 cawan minyak hingga panas dalam kuali yang dalam

5. Perlahankan api bila minyak sudah panas.

6. Tuang sesenduk adunan & ia akan membentuk seperti ropol sekeliling kuih,

7. Biar garing & terbalikkan. Toskan minyak & siap...


Termenderhaka.. patut tuang air sikit-sikit, ni tuang terus semua, ampunnnn.. tak perasan 😅

Terima kasih Mak Cella.. meh pelukkk 😜



Tags

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Biasa juga nampak kuih ni.. Tapi belum pernah cuba..

    ReplyDelete
  2. ammi pun slalu cilok resepi mak dak cella tu...terima kasih mak cella

    ReplyDelete
  3. Tahniah SK...
    Jangan la tobat dulu...🤣
    Kadang resipi dan bancuhan SK tu dah menjadi,tapi perlu panambahbaikan tips menggoreng.Kuali kena kuali melengkung tau..Kalau pan tak jadi kembong
    Saya cadangkan Cucur Jawa Resipi 2 ...Kak Lin pun dah try resipi tu & menjadi katanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu SK. Hasil pertama Kak Amie buat cucur jawa tu pun macam cucur SK juga. Tapi usaha lagi. Kadang jadi, kadang tak jadi. Akhirnya kalau nak makan beli sajalah. Tapi tak putus asa juga. Nak cuba buat lagi walaupun ahu memang tak berapa menjadi punya. Meh kita zikir...jadilah cucur jaw... jadilah cucur jawa....kihkihhh.

      Delete
  4. Tak pernah lagi makan cucur jawa ni. nak membuat tu kurang rajin. Pada saya cantik dah kejadian tu. Perasan juga mamacella selalu buat cucur jawa. Siap warna hijau lagi tu kalau tak silap.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah . Tahniah menjadi juga ya cucur jawa ni .

    ReplyDelete
  6. Part ni SA failed...usah la disuruh buat..hahahaha...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!