JALAN -JALAN KE PARADIGM MALL DAN TAPAU ZAITUNA

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

Assalamualaikum...


SEMPENA cuti umum bagi negeri Johor dan Iman pun cuti semester, hari ini, dapatlah kami tiga beranak berjalan bersama-sama ke Paradigm Mall. Mulalah Pak Inche buat lawak, peghak dah lama tak masuk mall. 


Iman pulak, cuma boleh masuk mall, tapi tak boleh masuk kedai kerana kebanyakannya cuma membenarkan pelanggan yang sudah lengkap dua dos vaksin saja. Nasib baik masih boleh masuk kedai buku 😍


Sementara cuti ni, nak baca buku katanya. Lama dah tak beli buku sebab asyik buka muka buku. Tak pun layan movie online. Jadi, kali ni kita baca buku fizikal.


Ingatkan nak tapau makanan di Paradigm jer tapi tak banyak kedai yang buka di food court. Iman bagi cadangan ke Zaituna. Bijak.. bijak!


Masa makan, Iman kata, apa kata, nanti bonda masak sendiri nasi arab. Terus Sk jawab, tak payah.. memenatkan badan. PI kata, nasi ayam jer masak sendiri. Bagus dapat suami yang cukup memahami ni.. hihihi.

Burppp.. Alhamdulillah 😍😍😍










Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sungguh bahagia rasa bila suami memahami hehe

    ReplyDelete
  2. lamanya sy xmasuk mall.. tgu suami abs pantang 14ari..
    dh abs pantang dh pon tp busy plak.. haha

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah dapat juga jalan-jalan ke mall setelah sekian lama terkurung di rumah

    ReplyDelete
  4. Oh ingatkan semua mall hendak 2 dos, ada boleh satu ya.
    Oklah masak nasi ayam sahaja.

    ReplyDelete
  5. Kami di sini menghitung hari yang pasti.... masih berkurung dalam daerah. Apalah yang boleh diterjah di daerah kecil LD ni hihihiii.

    ReplyDelete
  6. Baru nak tanya PI dok melangut tengok apa...Rupanya saja buat peghak...hihihi lawaks...
    Selamat bercuti Iman...Baca buku tu yer..jangan jadi Adah ..rajin membeli novel..buat koleksi ja

    ReplyDelete
  7. Dapat jugak masuk mall jalan jalan. dapat beli buku pun jadilah kan. Store dalam memang kena 2 dose lengkap.

    Sedap nasi arab. ehh teringin pulak rasanya.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. dah leh jenjalan... Kedai buku oun ok la Iman... kannn. Banyakk benda leh carik. ..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!