MAKAN DI GRAND SEAFOOD SENIBONG

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

Assalamualaikum... 

PANJANG langkah beberapa hari ini apabila Johor memasuki PPN Fasa 2. Banyak kedai makan dan restoran yang sudah membuka kebenaran untuk pelanggan yang lengkap dua dos suntikan vaksin, makan di kedai. Jangan ragu kerana itu maknanya, semua staf restoran juga telah lengkap divaksin. 

Sabtu lepas, Pak Inche ajak makan di Senibong. Mula ingatkan PI nak makan di Senibong Bay tapi PI kata, nak makan di Medan Makanan Laut Senibong. Lama jugak kami tak ke sini, jadi.. jomlah kita. Tapi, rupa-rupanya cuma satu sahaja kedai yang dibuka. Tu takpa.. punyalah panjang beratur. Jadi, kami keluar balik dari situ dan ke Grand Seafood Senibong yang terletak berdekatan. 


Pada mulanya, macam terfikir-fikirlah jugaklah nak makan di sini tapi bila PI beritahu, Datuk Daing A Malek merupakan salah seorang pemegang saham di GSS ni, terus Sk setuju. 


Baby Sotong with Honey Sauce, favourite PI. 
Sos madu tu, terasa dan tidaklah terlalu manis. Paling penting tak ada ngelat-ngelat letak timun dan bawang banyak-banyak. Ni semua baby sotong semata.


Seafood Tomyam.. ah, memang susah nak jumpa masakan tomyam di seafood restaurant yang benar-benar menepati selera macam di Senoko. Rasa pes tomyam tetap ada namun tidakleh begitu mengecewakan. 


Di sini tak ada baby kailan, sayur kegemaran kami tapi mujurlah ada mak kailan, hehehe. Hong Kong Kailan namanya, tak pasti tanam di Malaysia atau import dari Hong Kong. Masakan ini agak berbeza sedikit dengan masakan Kailan Ikan Masin atau Kailan Goreng Oyster. Yang ini Goreng Garlic, sedap.. sangat sedap.


Prawn Cluster with Pumpkin & Cheese.
Apa yang Sk perhatikan dalam buku menu di sini, kebanyakan jenis masakannya bukan yang biasa didapati di restoran lain seumpamanya. Contohnya, masakan udang, selalunya, udang nestum, udang butter, udang telur masin ke, kan.. tapi nama dia sedap sikit la.. ado ado gitu. Yang penting, chef di sini, orang melayu kita.


Terpesona tengok deko berupa udang atas pinggan hidang ni. Kreatif sangat, kalau Sk mesti sayang nak cuci pinggan tu, hihi.


Sebab terlalu kagum, beberapa kali jugak la Sk tangkap gambar pinggan udang ni. Udang yang dihidangkan ni agak besar jugak la dan dah ditogelkan sepenuhnya, hihi. Jadi, mudah nak makan. Kadang agak rugi jugak makan masakan udang bersalut ni apabila salutan tu menyalut pada kulit udang yang kita akan kopek dan buang sebelum makan, kan. Kalau anda ke GSS, ini adalah masakan yang patut anda cuba. Sos labu dengan keju dia tu, sedap wehhhh!


Stir Fried Sotong with Salted Egg
Adududududu.. sedap namateyyyy
Banyak betul sotong tu puas makan.


Yang best lagi, kat sini ada sambal lada macam ni uiiii.. Makan gaul-gaul dengan nasi dah sedap. Menurut staf GSS yang melayani kami, sambal tu tak letak belacan tapi cencaluk. Aaa.. cemana dia buat jadik sedap macam tu.


Dah order Siakap Stim Nyonya tapi rupanya siakap habis. Dia tanya, nak ikan kerapu ni tak? Ah, seram semacam pulak kepala kerapu ni. Lepas tu, dia kata, ambil talapia... pun kami tak nak la, jadinya tak jadi la ambil ikan. Tu pun perut rasa nak pecah ngabiskan lauk, huhu.


Kalau ambil ikan, dah dua ratuih ek?
Fuhhhhh.. selamat.. hihi.

Mekaceh Pak Inche 😍









Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tahniah Johor dah Fasa 2..haha..we can do it!

    Terleka tengok deco udang tu juga, cantik pulak dia ukir atas pinggan tu kan :) Food presentation dia memang terbaik dah, rasa pun mesti sedap tu..adoiii lapar

    ReplyDelete
  2. alahai comelnya deco pinggan..
    mcm masterchef.. haha..

    tahniah johor dah fasa 2!

    ReplyDelete
  3. Haha ralit dok tgk deko atas pinggan tu..kreatif betul chef nya

    ReplyDelete
  4. Menggoda betul Baby Sotong with Honey Sauce tu. best tu kalau tomyam menepati selera. Tertarik juga dengan decoration kat pinggan tu. Kreatif betul.

    ReplyDelete
  5. Deco tu main peranan. Ada daya tarikan. hamboi. Alhamdulillah dah fasa kedua.

    ReplyDelete
  6. semua makanan nampak mengiurkan . food presentation pun cantik

    ReplyDelete
  7. lama x makan kat Grand Senibong..dulu masa rajin naik site office selalu la makan kat sini...makana dia best...lagi best sebab boss yang belanja

    ReplyDelete
  8. Memang kreatif deko udang dalam pinggan tu. Kalau Kak Amie sudahtentu nak renung lama-lama hihhiii...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!